Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 31, 2011

Siapakah Jantan Itu...??


NAJIB AKAN DI PANGGILAN OLEH MAHKAMAH PERANCHIS - keadilan daily

Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.

“Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.

“Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah.

Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.

“Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi. Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,”ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis.

Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan.

“Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan. Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu.

“Kita berpegang kepada kata-katanya. Kita akan pastikan dia tunaikannya,” ujarnya.

Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau ‘pro-bono’.

Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000.

Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis.

Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200. Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net

NOTA:

inilah berita baik untuk rakyat malaysia
kita semua bergumbira
apabila mahkamah peranchis akan memanggil
najib razak untuk disoal siasat tentang
pembelian kapal selam
rakyat mahu tahu apa hubungan najib dengan altantuya

rakyat juga mahu melihat najib dalam kandang saksi si paris

siapa agaknya jantan ketiga
yang terbang bersama razak baginda
dan altantuya ke malta..??
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment