UMNO SAMBUT ULANG TAHUN KE 65 PENUH CABARAN GETIR – BH
Esok adalah ulang tahun ke-65 kelahiran UMNO yang bukan saja menyaksikan ia terus menjadi tunjang pemerintahan negara tetapi terpaksa berdepan banyak cabaran yang tidak kurang getirnya berbanding waktu penubuhannya.
Antara cabaran getir itu ialah UMNO harus menangani perpecahan bangsa Melayu yang kini terbahagi tiga, selain terpaksa berdepan dengan cabaran demi cabaran luaran yang walaupun sedikit tetapi semakin jelas sehingga berani mempertikaikan ketuanan Melayu, Bumiputera dan Islam.
Mengambil tema "Membela Rakyat" pada sambutan kali ini, UMNO yang menjadi tunjang parti gabungan dalam Barisan Nasional (BN) dan tonggak kerajaan, juga harus menerajui negara dan rakyat berbilang kaum dalam mencapai Wawasan 2020 dan matlamat ekonomi berpendapatan tinggi.
Nota :
sila hayati lagu ini
May 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment