Jun 10, 2011
Beberapa 'Fakta Penting' Yang Telah Cuba Di Sembunyikan Oleh Lynas...!!
Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng.
Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dari University of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thorium adalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.
"Dan itu hanya terjadi apabila kecekapan proses adalah 100%," kata Dr. Lee. "Semua orang faham, adakah kecekapan 100% boleh berlaku ? Dalam proses kimia, ada proses yang kecekapan hanya setinggi 70%, " kata pakar kejuruteraan kimia tersebut. Merujuk kepada gambar atas yang menunjukkan langkah proses LAMP itu, jika kecekapan proses tidak mencapai 100% atau tidak cekap, kemungkinan amat besar, pencemaran radiasi akan berlaku melalui gas buangan, air buangan dan juga sisa buangan yang awalnya didakwa tidak beradiasi itu. Jumlah sisa buangan tersebut akan mencapai 231800 ton setahun (Gypsum 55,800ton/tahun + Magnesium-rich Gypsum 176,000ton/tahun).
Lynas Advance Material Plant(LAMP) adalah Kilang pemprosesan rare earth yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30km darinya yang berpopulasi 700 ribu orang, termasuk kawasan Balok, Kemaman dan Kuantan. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12 tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya untuk selama-lamanya. Dalam sesi ceramah itu, Dr. Lee Chee Hong juga amat menekankan jenis radiasi yang pihak Lynas tidak menjelaskan, tapi itu yang sangat penting, iaitu Radiasi Luaran & Radiasi Dalaman, terutamanya ramai yang tidak sedar tentang kejadian radiasi dalaman yang sangat merbahaya dan dasyat."Memang tidak salah Yang Berhormat Menteri Besar Pahang berkata bahawa radiasi yang dilkeluarkan oleh bitumen dan telefon bimbit jauh lebih tinggi daripada sampel tanah rare earth itu," ringkas kata Doktor Falsafah dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan itu. "Tapi, persoalannya ialah yang diberitahu itu cuma bahagian radiasi luaran, bagaimana pula dengan kesan radiasi dalaman yang berpuncakan proses dan juga sisa beradiasi Lynas tersebut?"
Adakah pihak Lynas dapat memberi jaminan 100% bahawa habuk-habuk yang beradiasi dari kilang pemprosesan itu tidak tersebar ke alam sekitar? Jawapannya jelas, TIDAK. Apabila habuk ataupun partikel radioaktif termasuk dalam tubuh badan manusia atau sebarang hudupan, radiasi dalaman terjadi dan pada jarak yang sedekat 1micron (0.000 001 meter) antara punca radiasi dan sel badan, sinaran radiasi(alpha atau beta) yang dilkeluarkan daripada partikel-partikel beradiasi itu cukup membawa kemusnahan kepada sel dalam badan, terutamanya perubahan terhadap DNA. Berikut adalah satu chart yang menunjukkan proses pelupusan radioaktif pada unsur utama sisa beradiasi kilang Lynas itu, iaitu Thorium.
Thorium ataupun Thorium-232 merupakan satu unsur kimia radioaktif yang amat tidak stabil, ia akan terus melupus dan juga bertukarbentuk seperti yang ditunjuk dalam chart tersebut. Dan pada setiap proses tukarbentuk, sinaran radiasi alpha atau beta akan dipancarkan. Dari segi kimia, setengah-hayat Thorium-232 mengambil masa selama 14,050 juta tahun ! Bayangkanlah proses pelupusan partikel radioaktif itu berterusan dalam tubuh badan kita! Seperti dalam chart itu, Thorium akan bertukarbentuk antara pelbagai unsur (Th, Ra, Ac, Po, Bi, Tl dan Pb), dan sinaran alpha atau beta terpancar. Antaranya, Dr. Lee menekankan unsur Radon(Rn) dan Lead (Pb) selain daripada Thorium (Th). Beliau menjelaskan bahawa (seperti yang ditulis dalam bahasa mandarin). Radon adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan lebih berat daripada udara, Radon juga ialah satu unsur yang beradiasi(radioaktif). Radon turut membawa kemusnahan kepada sel badan dan mengakibatkan kanser. Lead ataupun Plumbum (Pb) adalah logam berat yang jenis neurotoksin (wikipedia.org/). Lead boleh membawa kemusnahan terhadap sistem saraf mengakibatkan penyakit pada otak. Keterlaluannya turut akibatkan penyakit serius pada darah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment