Jun 25, 2011
Berkata Benarlah Kamu Kepada Pemimpin Yang Zalim....!!
TUNTUTAN BERSIH SELARI DENGAN ISLAM – HD
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Harun Taib berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.
“Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.
Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.
Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.
Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.
Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.
“Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi.
Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.
“Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.
“Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya.
Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.
Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”.
Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.
Utusan memetik kata-kata Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.”
Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.
“Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.
“Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya.
NOTA:
untuk pembaca Sepang Kederang
di luar malaysia sila pakai
baju kuning
payung kuning
atau apa sahaja kuning
kalau duduk diluar negara pun takut
pergi pak chu cheng
belakang dapooor laaa
kah kah kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment