Jun 9, 2011
Dunia Dah Terbalik....!!
KARPAL SINGH NASIHATKAN MADEY SUPAYA BERTAUBAT - MK
Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
Katanya, Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.
“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”
Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment