Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 22, 2011

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT


20 JUN 2011

Bersih 2.0: Ugut dan Ancamlah Apa Saja, Rakyat Tetap Ke Jalanraya!
Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK) menegaskan bahawa
perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah hak rakyat Malaysia keseluruhannya
yang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia untuk berhimpun
secara aman dan menyatakan pendirian bagi membersihkan perkara yang
tidak adil dalam perjalanan pilihanraya Malaysia.

Justeru AMK Malaysia ingin memberikan respon kepada kenyataan-
kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Perkasa dan pihak
polis mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9
Julai 2011 hadapan yang menampakkan kedangkalan dan sikap tidak
matang berhadapan dengan suara-suara rakyat.

AMK ingin menegaskan hak rakyat perlu dihormati kerana jelas
perhimpunan besar tidak akan mengancam keselamatan negara malahan
ia memperkukuhkan tunjang keamanan dan perlembagaan kerana BERSIH
2.0 berhasrat memperbaiki dan menjadi pencetus kepada gerak kerja agar
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan lebih sensitif dan peka
terhadap perlunya perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.

AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno,
Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka
perlu takut dengan perhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem
Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan
bersih?"

Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya
mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras
satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?

Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan
Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem
pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas.
Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan
pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka
mereka dengan ludah mereka sendiri.

Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN
ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia
menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul
tanpa sebarang manipulasi. Usaha menakut-nakutkan rakyat dengan
mengancam rakyat daripada turun berhimpun adalah satu tindakan yang
pramatang, kerana biar apa jua bentuk ancaman diberikan kepada rakyat,
perhimpunan ini akan tetap diteruskan.

AMK meyakini bahawa hanya sistem Pilihanraya yang adil dan telus
sahaja barulah rakyat akan terjamin hak mereka tanpa mengira siapapun
yang membentuk kerajaan. Demi rakyat, sebuah kerajaan yang jujur dan
amanah melalui wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab harus
diwujudkan, dan ini hanya boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya
yang adil, telus dan bersih.

AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak
membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan
rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan
dengan kuasa rakyat secara bermaruah. Biar apa jua keadaan yang
mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa
rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan
Bersih 2.0 kelak.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Timbalan Ketua AMK Malaysia

No comments:

Post a Comment