Jun 14, 2011
Nama Saja Perkasa...Tapi Hati Adalah UMNO....!!
HIMPUNAN BERSIH : PEMUDA PAKATAN KECAM PERKASA , DAKWA SENGAJA MAHU BUAT KACAU –MI
Sayap pemuda Pakatan Rakyat mengecam langkah pertubuhan membela hak Melayu, Perkasa yang mahu menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengadakan perarakan balas serentak 9 Julai ini.
Malah pemimpin pemuda Pakatan Rakyat juga menyifatkan tindakan Perkasa mahu mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan himpunan Bersih sebagai “satu ancaman serius” dan “tidak memahami hak asasi manusia.”
Mereka juga mendakwa Perkasa sengaja mahu membuat kekacauan dan menimbulkan huru-hara apabila mengambil pendekatan itu.
“Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara.
“Polis perlu menyiasat Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka,” tegas Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.
Semalam Ibrahim memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes balas bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment