Jul 29, 2011
Ahli MT UMNO Pun Beri Tekanan Pada Najib...!!
Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam. “Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan,” kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.
Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu. Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan.
“Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad,” katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan.
Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.
“Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi. “Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan.
“(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah,” kata Saifuddin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terus terang aku nyatakan andainya ada ramai
ReplyDeletelagi pemimpinx UMNO yang berani seperti dia ni
akan sukarlah untuk ambilalih kuasa.Tapi syukur
alhamdulilah seekor pun tak ada.Semuga ALLAH
membuka hati dia ni untuk berhijrah.