Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 19, 2011

Ambiga: Putrajaya Perlu Respons Tuntutan BERSIH.., Bukannya Terus Ugut...!!

KUALA LUMPUR, .— Kerajaan persekutuan perlu secara aktif melibatkan Bersih 2.0 dan memberi respons ke atas segala tuntutan pilihan raya tanpa terus mengeluarkan amaran kepada orang ramai tidak menyertai demonstrasi, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Justeru, pengerusi Bersih 2.0 hari ini mengajukan persoalan untuk mengetahui mengenai respons pentadbiran Najib ke atas tuntutan-tuntutan gabungan tersebut sambil menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi pada masa-masa akan datang.

“Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini). Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang),” kata beliau lagi.
“Kami akan terus mengambil langkah-langkah sedemikian untuk memberi tekanan berhubung soal pembaharuan sistem pilihan raya tetapi apa yang kami harapkan ialah penglibatan aktif bersama pihak berkuasa dalam perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, kerajaan telah “mengabai perkara” sewajarnya dengan mengeluarkan ugutan dan bahawa lebih banyak halangan ke atas perhimpunan-perhimpunan pada masa depan sedangkan sewajarnya pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani tuntutan yang diketengahkan pada 9 Julai lalu.

“Apa respons kerajaan ke atas permintaan kami mengenai pembaharuan? Kepada permintaan kami agar diadakan satu suruhanjaya siasatan diraja?” kata Ambiga dengan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang baik untuk menangani kebimbangan rakyat daripada hanya terus mengeluarkan ugutan.

“Mudah kata, adakah kerajaan hendak meneliti tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya atau tidak?” kata beliau.

Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR yang bertujuan membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

Sejak 1 Julai, Putrajaya telah mengharamkan Bersih 2.0.

Meskipun dihalang dan disekat, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya di ibu negara 9 Julai lalu dengan penganjur berkata ia disertai sekitar 50,000 orang.

Bagaimanapun polis mendakwa hanya 6,000 orang hadir.

No comments:

Post a Comment