Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 3, 2011

Kenyataan Rasmi Ketua Pembangkang Malaysia...!!

PENAHANAN : HINA PARLIMEN DAN DEMOKRASI

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael
Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan
Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut
ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan
dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan
individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan
penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan
suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen
negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak
menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan
adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan
mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan
subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan
perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan
perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang
dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat
dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh
keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan
yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan
kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj
dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan
mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan
sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment