Berikutan tekanan melampau yang dikenakan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (baca agen UMNO) ke atas siswa/wi, satu memorandum telah dibuat reaksi terhadap sikap tidak profesional mereka. Siswa/wi ditendang kuliah, diugut, diancam, dihina, tidak diberi kerjasama dalam buat urusan dan macam-macam lagi. 19 Julai siswa/wi mendirikan Solat Hajat beramai-ramai. 20 Julai pula mereka ingin menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Kebetulan Jamil Khir (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) singgah ke Mesir konon ingin melawat siswa/wi yang melanjutkan pengajian di Perlembahan Nil ini. Maka peluang ini diambil oleh siswa/wi untuk menyerahkan memorandum kepada pak menteri dan menghantar mesej kecewa tehadap perkhidmatan fail Kedutaan Malaysia di Mesir.
Anda boleh cari video Jamil Khir melawat Vatican City. Berjumpa dengan Pope Benedict XVI tunduk ‘menyembah’ merendah diri. Betapa ‘sopannya’ dia dengan Pope Benedict XVI . Tiba-tiba apabila siswa/wi MELAYU ISLAM datang mengadu hal kepadanya, dengan sebelah mata dia menolak aduan tersebut. Mungkin baginya dengan budak-budak belajar agama Islam tiada nilai untuk diberi layanan istimewa berbanding Pope. Yelah, orang bila faham agama Islam conform benci UMPORNO. Tidak perlu kutuk Ambiga la kalau dengan anak bangsa sendiri kamu tidak jujur dengan mengkhianati hak mereka. Tidak perlu cerita pasal perpaduan Melayu la kalau kamu dengan anak orang Melayu kamu pijak.
Dia bukan nak dengar masalah. Bukan nak berusaha memahami penderitaan sesama MELAYU ISLAM. Mudah beralasan “Saya tak tau ape-ape”, “Eh, ini bukan tugas saye”, “Pegi hantar kat Menteri Pengajian Tinggi la, takde kene mengene”, “Saye takde masa”. Yang Dato’ Duta (Fakhrudin) pula bukan nak cover, sibuk control comel tersipu-sipu malu depan bos bila siswa/wi buka pekungnya. Nampak kecut juga orang tua tersebut.
Ketua kampung lebih bijak berhujah berbanding Jamil Khir jika dibandingkan dalam kes ini. Cara dia beralasan macam bukan menteri. Mungkin badi Vatican tak hilang lagi kot. Ratusan siswa/wi Al-Azhar dan Darul Ulum terpinga-pinga melihat kereta Mercedesnya memecut laju meninggalkan mereka. Lari dari masalah. Di tangan mereka masih tergenggam memorandum yang tidak disentuh pun oleh pak menteri. Siapa yang tidak profesional??
NOTA:
lihat klip ini
yang menggambarkan perjuangan pelajar malaysia di mesir
bila mana memo mereka enggan diterima oleh Jamil Khir...
kah..kah...kah
Jul 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment