Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 12, 2011

UMNO/BN Adalah Penipu Besar...!!

KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) diselar kerana melakukan 'penipuan besar' tentang Himpuan Aman BERSIH 2.0 yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, tidak ada dalam sejarah tanahair sebelum ini Presiden PAS ditangkap dalam mana-mana himpunan atau demondtrasi.

Beliau mempersoalkan, apa yang ditakutkan oleh Umno-BN sehingga melakukan pelbagai tindakan zalim keatas peserta BERSIH.

"Umno Barisan Nasional memang penipu besar, mana-mana yang pakai baju kuning ditangkap! bas dihalang, ramai yang dikalangan kita yang duduk dihotel pun diserbu oleh pihak polis,

"ini yang menjadi masalah, apa yang mereka nak takutkan sangat?,"ujar Haji Wahid ketika berucap dalam meraikan kepulangan Presiden PAS yang disambut sebagai 'Wira Rakyat' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disini semalam 11 Julai.

Katanya, kerajaan Umno-BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat kerana sudah sampai masanya rakyat bangkit dan bangun menyatakan sikap dan pendirian.

Beliau menegaskan, rakyat akan terus menuntut hak supaya pilihanraya berlaku dalam keadaan bersih dan adil.

Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam memberi amaran kepada kerajaan Umno-BN, sekiranya rakyat terus ditangkap, ramai lagi yang akan keluar ke jalan raya..

"Kita ambil sikap dsan pendirian, sekiranya mereka (terus) tangkap kita akan keluar lebih ramai, kita bukan nak tunjuk kuat atau nak lawan pihak keselamatan atau pihak polis,

"tapi masalahnya mereka (selalu) menipu,"tegasnya.

Menurutnya, Agong telah bertitah supaya berbincang serta melaksanakan program BERSIH dengan baik dan Perdana Menteri Najib Razak telah berjanji untuk memberikan stadium untuk tujuan berhimpun.

Tetapi katanya permohonan BERSIH untuk menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan.

Beliau memaklumkan kepada lebih 3,000 orang yang hadir, Himpunan Aman BERSIH bukan sahaja diadakan di ibu negara, malah turut diadakan diluar negeri.

"Himpunan BERSIH kali bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur, (tetapi turut dibuat) di Melbourne Australia, di Kaherah Mesir (dan) seluruh dunia bersama-sama dengan kita,"katanya

No comments:

Post a Comment