Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 17, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin...!!


Gambar Bersih 2.0: Jurugambar Suara Keadilan dipanggil SKMM-Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Razak bercakap berdegar-degar mengenai usaha mengurangkan penapisan media,Jurugambar Suara Keadilan, Yuisriah Yusof dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).

Ia dipercayai untuk membantu siasatan berhubung gambar kecederaan yang dialami pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

Menurut Yuisriah, beliau dihubungi Pegawai SKMM, dikenali sebagai Mohd Khairul Bin Abdul Kadir, Isnin untuk memberi keterangan.

Namun atas nasihat peguam, beliau tidak berbuat demikian kerana tiada notis dikeluarkan.

Bagaimanapun, pada petang tadi, satu notis bertarikh 16 Ogos dihantar ke pejabat Suara Keadilan melalui kiriman faksimili, mengarahkan Yuisriah hadir ke pejabat SKMM Jumaat ini.

Surat itu menyebut bahawa pegawai berkenaan diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan di bawah peruntukan Bab 3, Akta Komunikasi & Multimedia 1988 (Akta 588).

Ia juga menyebut di bawah Seksyen 255, Akta yang sama, pegawai yang diberi kuasa berhak mengarahkan Yuisriah hadir pada tarikh tersebut di Jabatan Siasatan SKMM, Bangunan Sultan Abdul Samad, Blok C, Tingkat 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Sekiranya beliau gagal hadir pada tarikh, tempat dan masa ditetapkan, pegawai berkenaan boleh melaporkan ketidakhadirannya pada majistret supaya satu waran dikeluarkan.

Pada Himpunan Bersih 2.0 lalu, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata dilepaskan FRU, di laluan bawah KL sentral.

Sebanyak lima plat besi dimasukkan di tulang pipi Fayyadh manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula mengalami kecederaan di kepala.

Gambar kecederaan Fayyadh yang berlumuran darah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata itu, sempat dirakam oleh Yuisriah pada masa itu.

Justeru tindakan memanggil jurugambar Suara Keadilan ini dilihat berlawanan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak, 15 Ogos lalu yang menyatakan penapisan media, akan dikurangkan.

Gambar yang kecederaan yang dialami Fayyadh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam jurufoto Suara Keadilan, Yuisriah Yusuf
Merujuk tindakan menghitamkan bahagian tertentu majalah The Economist sebelum ini, Najib menyatakan tapisan sedemikian tidak lagi relevan dan memerlukan kaedah baru.

Pada masa yang sama, Najib membiarkan tekanan berterusan terhadap media alternatif seperti Suara Keadilan- yang tidak diperbaharui permit penerbitannya sejak hampir setahun lalu.

Baru-baru ini Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit dan Ketua Wartawan, Ahmad Fadli dipanggil memberi keterangan berkaitan pendedahan mengenai penggunaan kanister Israel oleh pasukan polis pada Himpunan Bersih.

Turut memberi keterangan ialah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang memiliki bukti berkenaan sebelum mendedahkannya melalui akhbar rasmi KEADILAN itu.

No comments:

Post a Comment