Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 12, 2011

Geng Anti Najib Dah Mula Menyerang..!!


62 NGO DAKWA PEMANDU PINGGIR USAHAWAN BUMIPUTERA - BH

Lebih 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut dianggotai ahli perniagaan Melayu dan bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan mengkaji kedudukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang didakwa menganaktirikan peniaga Bumiputra.

MTEM juga mendesak kerajaan mengkaji semula kedudukan menteri bertanggungjawab, Idris Jala yang didakwa gagal memberi peluang kepada peniaga Bumiputera.

Ahli jawatankuasa MTEM, Mohd Nasir Abu Hassan, mendakwa ketika kerajaan melaksanakan pelbagai program transformasi ekonomi melalui GTP dan ETP, format pelaksanaan PEMANDU menyebabkan peniaga Bumiputera menanggung kerugian dan dilanda tragedi paling serius.

“PEMANDU meminggirkan peranan agensi kerajaan sedia ada dalam program agenda Melayu. Ketelusan dan akauntabiliti dalam PEMANDU sangat rendah dalam membantu agenda Melayu. Justeru, MTEM telah hilang keyakinan kepada kepimpinan PEMANDU dan menuntut Idris Jala meletak jawatan,” katanya yang mendakwa ia dipersetujui sebulat suara semua ahli MTEM.

MTEM adalah badan yang masih dalam proses penubuhan dan disertai 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu terdiri daripada pengusaha, pedagang, profesional dan cendekiawan Melayu.

Mohd Nasir berkata, semua NGO Melayu itu sebulat suara bersetuju bersatu di bawah MTEM bagi menangani cabaran membentuk program transformasi ekonomi Melayu yang lestari.

Katanya, MTEM menyokong kepimpinan Najib Razak, tetapi perlu mengkaji semula semua keputusan dan cara pengurusan PEMANDU yang didakwa memberi lebih banyak memberi manfaat kepada peniaga Cina yang mengamal sistem kartel dalam pelbagai industri perniagaan di negara ini.

Nota :

APA MAKNA BERITA INI?

62 ngo ini tak setuju dengan dasar najib sekarang
62 ngo ini tak suka pada pemandu
62 ngo ini merasa bumiputera telah diketepikan
62 ngo ini merasa idris jala kontrektor anti bumiputera
62 ngo ini sedang gelabah cari kontrek
62 ngo ini makin susah nak dapat projek

awas!

62 ngo ini adalah geng anti-Najib
geng anti-Najib ini semakin tersususn
geng anti-Najib ini hanya menunggu masa
geng anti-Najib ini nak muhyiddin naik
geng anti-Najib ini melihat muhyiddin lebih pro melayu

kita lihat dan tunggu!

No comments:

Post a Comment