Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 23, 2011

Harga Yang Anwar Terpaksa Bayar Untuk Sistem Perundangan Di Malaysia...


PKR samakan tindakan Anwar dengan Mandela-MK

PKR hari ini mempertahankan kenyataan tidak bersumpah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai "alat yang berkuasa terhadap undang-undang dan pihak berkuasa yang zalim". Parti itu mengibaratkan tindakan berkenaan sama seperti yang diambil pejuang anti-apartheid Nelson Mandela.

Dalam kenyataan mediannya, naib presiden PKR, N Surendran menjelaskan keputusan Anwar yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh di dalam perbicaraan membela diri kes liwat keduanya, semalam, yang dikritik hebat oleh pengkritik kerana dianggap menggunakan peluang itu bagi membidas badan kehakiman dan parti pemerintah.

"Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.

"Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara," katanya.

Menurut Surendran, dengan berbuat demikian Anwar telah mengakui bahawa hasil perbicaraan kes liwat yang dihadapinya akan berakhir dengan kegagalan.

“Sekarang dia telah mengubah pendakwaan itu dan menjadikannya sebagai senjata untuk memperbaiki negara.”

Mengetahui bahawa wajaran yang kurang akan diberikan kepada kenyataan yang tidak boleh disoal-balas itu, Surendran berkata, Anwar bertegas membuat pilihan itu sebagai protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.

"Dengan enggan untuk memberi keterangan dan mencabar mereka untuk melakukan yang paling teruk, Anwar sebenarnya telah meletakkan undang-undang dan politik itu sendiri yang dibicarakan."

Beliau berkata menerusi tindakan itu, Anwar telah membuktikan bagaimana sistem keadilan negara berjaya dijadikan alat oleh mereka yang berkuasa sekarang.

Surendran kemudian menarik persamaan antara Anwar dan bekas presiden Afrika Selatan, Mandela, yang pernah juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politik yang dihadapinya.

"Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar (kandang tertuduh) dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia," katanya lagi.


1 comment:

  1. DS dah tahu keputusan tidak berpihak kepadanya.
    Dan beliau telah mempertaruhkan dirinya untuk
    mengubah sistem perundangan negara ini yang
    terjejas teruk.Tapi perlu diingat wahai puakx
    jahanam!!Walaupun DS dipenjarakan masih ramai
    lagi PEMIMPINX PR yang jauh lebih berkalibar
    untuk memerintah negara ini jika dibandingkan
    dengan pemimpinx BN yang naik jadi pemimpin
    tanpa teruk dibelasah ditendang diterajang
    dilokapkan dihina dan sebagainya.PEMIMPINX PR
    mengalami semua ini bersamax rakyaat dengan
    itu merekax ini lebih memahami masalah rakyaat.HIDUP PR!!!!!

    ReplyDelete