Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 21, 2011

Kalau Nak Menipu Pun..Biar Lah Cerdik...!!


SPR kata kesilapan cuma 0.0001 peratus? Tapi Najib tubuh PSC!-Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya kesilapan dalam daftar pemilih hanyalah 0.0001 peratus, tidak logik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Lebih-lebih lagi, katanya, ia dibuat ketika Pakatan Rakyat berjaya membuktikan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih SPR hingga terbukti kewujudan pengundi hantu.

“Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya bukti jelas sistem dalam daftar pemilih SPR adalah kotor. Pilihan raya di Malaysia juga kotor.

“Kalau Najib pun mengakuinya, SPR patut berhenti menjadi tali barut Umno Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Keadilan Daily di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, daftar pemilih SPR sarat mengandungi pengundi hantu termasuk penggunaan nama palsu, alamat palsu dan semuanya dalam jumlah yang besar.

Memberi contoh lokaliti Kampung Kelanggit Baru dalam Parlimen Gombak yang penduduknya 100 peratus Melayu, beliau hairan kerana wujud 48 pengundi Cina tidak dikenali dalam daftar pemilih SPR.

“Kalau dalam sebuah kampung ada 48 pengundi hantu, bayangkan ada ratusan ribu pengundi hantu di kampung lain di seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Jadi, beliau mendesak SPR bersikap profesional kepada semua parti bertanding dengan memastikan pilihan raya umum (PRU) dijalankan secara bersih dan adil.

No comments:

Post a Comment