Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 9, 2011

Melaka Negeri Maju....Tapi Surau Pun Tak Ada...!!


"Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (JAmil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah.

Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com

SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS

Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.

Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.

“Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.

“Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun,” katanya.

Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.

“Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna,” katanya. www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment