Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 2, 2011

Mengapa BN dan SPR Kemaruk Mahu Guna Biometrik..??


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali memberikan jaminan bahawa tiada warga asing didaftarkan sebagai pengundi, namun sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Beberapa blog pro-PR termasuk Perisik Rakyat yang membuat risikan mendapati lebih 160orang warga asing yang memegang status penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi di beberapa kawasan.

Misalnya, PR yang bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan di Kawasan Kuala Selangor. Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu. Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap. Nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru lapor Malaysia Kini.

Yang lagi menarik, kurang empat jam selepas Malaysiakinimelaporkan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia tampaknya telahpun menjadi warganegara. WOW!

WOW! Pantas dan cekap agensi UMCO membuat "kerja" mereka!

Mismah kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Walau bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

No comments:

Post a Comment