Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 20, 2011

Pembohongan SPR Makin Terserlah...!!!


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.Berdasarkan perangkaan 0.0001 peratus yang dibekalkan oleh Abdul Aziz, adalah dijangkakan terdapat kira-kira 1,240 kesilapan pada daftar pemilih itu.

Nota :

Semakin banyak Pengerusi SPR bercakap semakin terserlah kebodohannya. Masakan cuma 1240 sahaja pendaftaran yang tidak betul dari 12.4 juta pengundi? Yang sudah meninggal dunia tetapi nama masih tercatat dalam daftar pemilih pun melebihi dari jumlah itu, belum di campur dengan pengundi yang mendaftar lebih dari sekali, pengundi yang tiada Mykad tetapi ada nama dalam daftar pengundi, belum lagi di campur senarai pendatang Tanpa Izin (P ATI) yang diberi mykad.

600,000 pendatang di Sabah yang di beri IC zaman Tun Mahadir dulu sudah di bersihkan ke nama mereka? Perkara ini baru didedahkan oleh wikileaks kelmarin.

Ini bermakna bukan setiap hari SPR membersihkan daftar pengundi seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR tetapi SPR setiap hari mengotorkan daftar pemilih dengan pendaftaran pengundi baru yang penuh nisteri. Masakan ada nama pengundi sebagai Kg Baru kalau benar SPR membersihkan daftar pengundi setiap hari.


No comments:

Post a Comment