PERLUAS UNDI POS LUAR NEGARA, SPR MAIN WAYANG :FAUZIAH – Keadilan Daily
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof, yang mahu memperluaskan sistem undi pos untuk warga Malaysia di luar negara.
Ahli Parlimen Kuantan itu menyifatkan SPR sengaja main wayang dan tidak fokus kepada isu sebenar yang terlebih dahulu perlu diperbetulkan seperti pembersihan daftar pemilih, pengunaan dakwat kekal serta reformasi undi pos sedia ada.
“SPR ini benda yang lebih penting yang patut dibuat dia tak buat, yang tak patut buat dia nak buat. Penggunaan dakwat kekal contohnya, sudah tidak memerlukan pindaan dan hanya perlu laksanakan apa yang dituntut rakyat.
“SPR janganlah nak main wayang dan akhirnya apa yang dituntut tak dilaksanakan,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat.
Beliau mengulas laporan media dalam talian hari ini yang memetik kenyataan Aziz yang mahukan proses itu dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur , Aziz berkata, SPR kini dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian.
Perubahan dalam peraturan pilihan raya itu katanya akan membolehkan undi pos diperluaskan untuk penjawat awam dan pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka di luar negara.
Menurut Fuziah, beliau merujuk pendedahan empat bekas anggota tentera baru-baru ini yang mengaku telah menyelewengkan undi pos bagi pihak ribuan anggota tentera dan isteri mereka.
“Undi pos yang dilihat punyai risiko manipulasi yang tinggi, boleh disalahgunakan malah telah dibuktikan dengan pengakuan oleh empat bekas anggota tentera yang mengaku memangkah ribuan undi pos,” kata Fuziah.
NOTA:
memang tepat
spr sebagai barua sedang cuba melakukan sesuatu
untuk terus menipu
lain yang dituntut
lain pula yang diberi
semua bertujuan menipu
tujuan untuk mengadakan undi pos diluar negara
adalah untuk menghalalkan undi pos dalam negara
dengan mencadangkan ada undi pos diluar negara maka
spr dilihat sedang melakukan sesuatu
untuk dilihat undim pos ini baik
pooorrrrah!
panddy kutty
waspada!
ini semua tipu helah barua gerombolan
ada yang dutuntut oleh rakyat ialah:
1 – hapuskan undi pos
2 – gunakan dakwat hitam
3 – panjangkan tempoh berkempen
4 – bersihkan senarai pengundi
empat tuntutyan ini tidak perlu akta atau undang-undang
empat tuntutan tidak perlu sidang parlimen
empat tuntutan ini untuk memastikan piliharaya bersih dan adil
Aug 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment