Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 3, 2011

PRU13: Benarkah PAS Akan Gagal Lagi Di Terengganu..??


"Benarkah PAS akan bangkit di Terengganu? Berdasarkan pilihan raya olok-olok, BN akan terus kekal memerintah Terengganu selepas PRU13 nanti. Perkara ini boleh menjadi realiti walaupun pahit untuk ditelan. Ada dua aspek yang memungkinkan kekalahan PAS/PR itu berlaku.

Aspek yang teramat penting ialah aspek luaran khususnya daftar pemilih bagi negeri Terenggganu yang telah dikotori selepas PRU10 yang dimenangi oleh PAS. Sudah banyak kali didedahkan data-data tentang peningkatan mendadak bilangan pengundi di Terengganu pada PRU11. Ada pengundi hantu, pengundi berganda dan pengundi warga asing yang dianugerahkan kad pengenalan merah. Sejak itu, daftar pemilih yang mencurigakan itu tidak pernah dibersihkan. Justeru itu, PAS yang yakin akan menang, terus kalah lagi pada PRU12.

Dalam menghadapi PRU13 ini pun, daftar pemilih yang sekian lama tercemar itu masih digunakan dengan pertambahan pengundi baru yang juga dkhuatiri kesuciannya. Seminggu dua ini, terbukti banyak pengundi yang mencurigakan termasuk dari kalangan pemilik kad pengenalan merah. Kecanggihan sistem semakan pengundi yang diaplikasi oleh aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menemukan ribuan pengundi berganda serta mencurigakan malah tidak layak menjadi pengundi pun. Tetapi itulah yang berlaku. Diharapkan kecanggihan sistem semakan mampu ‘menangkap’ pengundi-pengundi haram di Terengganu.

Aspek luaran yang tidak kurang pentingnya ialah Wang Dana Khas. Dengan adanya wang ini bermacam-macam program mengambil hati rakyat berjaya dilakukan oleh UMNO/BN. Wang ini cukup mewah di Terengganu sehingga secara puratanya setiap keluarga di Terengganu mendapat habuan RM 2000.00 setahun yang diperuntukkan melalui Dana Remaja, Wang Khas Hari Raya, bantuan pakaian sekolah dan pelbagai lagi. Bantuan-bantuan inilah yang menyebabkan rakyat Terengganu yang pelahap duduk kemas di bawah ketiak UMNO/BN. Sebab itulah MB Terengganu, Dato’ Mad Said memperli PAS yang berkempen negara berkebajikan. Kata beliau, perlu apa lagi kepada PAS sedangkan kerajaan BN Terengganu sudah lama melaksanakan negara berkebajikan.


Dari aspek dalaman pula, memang ternyata PAS/PR tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu di kawasan luar bandar, Felda atau Ketengah.kerana beberapa kekangan dan kelemahan sendiri. Antaranya, dihalang dan diganggu untuk mengadakan ceramah, aktiviti kemasyarakatan dan pengedaran risalah di kawasan-kawasan Ketengah/Felda. PAS/PR juga kekurangan kakitangan, aktivis dan sumber untuk melaksanakan program dan aktiviti di kawasan yang dikawalselia oleh UMNO/BN tersebut. Kekangan ini berterusan sejak puluhan tahun. Ini menyebabkan PAS selalu 'memberi' hampir 10 kerusi dengan majoriti yang besar di kawasan Ketengah/ Felda ini. Sepuluh kerusi ini menjadi deposit besar bagi UMNO/BN untuk terus kekal memerintah Terengganu.


Maaf kata, dalam isu Terengganu ini perkara paling pokok ialah daftar pemilih yang tercemar itulah puncanya. Selagi daftar itu tidak dibersihkan dengan sebersih-bersihnya seperti mana yang dituntut oleh Bersih, selagi itulah PAS/PR hanya berangan-angan untuk menawan Terengganu. Sebab itulah penggunaan dakwat kuku dan daftar pemilih yang berwibawa amat penting dalam pilihan raya yang adil dan bersih. Maka, apa kuasa dan tindakan kita sekarang?

Nota:

Tulisan ini tiada niat untuk melemahkan semangat PAS Terengganu. Namun realitinya ialah kita mesti memberi fokus utama untuk membantah daftar pemilih negeri Terengganu dengan bukti-bukti berdokumen. Kita mesti terus mendesak SPR agar melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0. Mudah kata, DAFTAR PEMILIH BERSIH, PAS MENANG.

Di samping itu, kita mestilah bekerja keras untuk mendaftar semaksimum mungkin pengundi-pengundi baru di Terangganu. Usaha hendaklah dilakukan bagi menarik dan mendaftar golongan atas pagar dan ahli Tabligh agar mereka faham mengapa semestinya mereka perlu bersama kita sekarang. Semoga Allah membantu kita kerana Allah-lah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

No comments:

Post a Comment