Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 19, 2011

Siapa Kaki Lebong...??


ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - BH

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.

Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.

“Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.

“Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.

BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - MK

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.

"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya, kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."

Risman pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

Nota:

undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir

nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci

atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno

maka

Dua berita di atas adalah tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bercakap benar
dan siapa kaki kelentong

siapa yang kuntau..siapa yang muntau
siapa yang lentong...siapa kelentong

dah baca? dah faham?
siapa kelentong siapa?
kah kah kah

No comments:

Post a Comment