Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 10, 2011

Adik Mat Indera Hilang..??


KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana.

Bahkan, Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu.

“Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media,” kata Husin kepada Keadilandaily.com

Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu.

Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program ‘Menjejak Mat Indera’ diiringi Husin Sujak, 3 September lalu.

Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat.

Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas.

Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal.

Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954.

Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang ‘bersembunyi’.

Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik.

“Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah,” kata Bahrom.

Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya.

Beliau turut menyeru sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Sumber : DISINI

Nota :

Yang pastinya peristewa kehilangan Behrang, Changkat Jering, Jelapang Dan Bota sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara HARAM oleh UMNO babi laknatullah.

Begitu juga isu penyiasatan persendirian Balasubramaniam a/l Perumal yang membuat akuan bersumpah menuduh Najib kenal dengan Altantuya Shariibuu dan mendakwa Najib juga pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia itu. Kemudian hilang entah ke mana, tiba-tiba muncul belum sampai 24 jam setelah beliau membuat pendedahan terhadap akuan berkanunnya itu dengan didampingi penguamnya dan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, tiba-tiba beliau menarik balik akuan itu, khususnya mengenai membabitkan Najib

Janganlah hairan dengan kehilangan adik Mat Indera ini. Beliau pasti muncul dengan wajah baru.

Bersiaplah Mat Sabu dan para pemimpin PAS dan Pakatan untuk menentang UMNO laknattullah ini."

No comments:

Post a Comment