Sep 12, 2011
Nampak Bijak Tapi Sebenarnya Bodoh...!!
"Sekurang-kurangnya dua orang profesor terkenal dalam negara kita telah menjadi "BODOH" kerana mahu jaga hati pemimpin UMNO dan menjaga periuk nasi menjadi profesor kontrak setelah pencen.
Pertama Profesor Khoo Kay Kim dari Unversiti Malaya. Beliau menyatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British!
Kedua, Jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling, dari Universiti Malaya, menyatakan bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Inilah dua wajah profesor yang "murtad akademik" dan tidak jujur dalam ilmu mereka semata-mata bagi mengambil hati pemimpin UMNO dan menjaga perut dengan menggadaikan kebenaran ilmu.
Kita menunggu kalau-kalau Profesor Datuk Ramlah Adam juga akan bersama profesor luncai untuk terjun dengan labu-labunya.
Mengapa baru hari ini dua profesor ini mahu bercakap Malaysia tidak pernah dijajah? Mengapa tidak 30 tahun yang lalu?
Apa guna rakyat sambut merdeka kalau negara tidak pernah dijajah?
Apa ertinya mati syahid pada ulama kalau bukan kerana mempertahan tanah air dari penjajah yang datang menakluk tanah air dan merampas hasil bumi tanah air ini?
Di saat umur senja profesor ini dan di penghujung karier 2 dua orang profesor ini, mereka menjadi "bodoh" ; justeru layaklah PhD. mereka ditarik balik oleh universiti yang menganugerah ijazah Ph.D kepada mereka. Gelaran Dr., Profesor dan Profesor Emeritus sudah tidak layak disebut pada nama mereka lagi selepas ini.
Memadai nama mereka disebut sebagai Datuk Khoo Kay Kim dan Datuk Zainal Keling.
Kepada ahli akademik lain atau Persatuan Sejarah atau Persatuan Mahasiswa atau NGO berkaitan, wajarlah membuat laporan polis di atas kenyataan dua orang profesor luncai yang menipu rakyat dengan kenyataan Malaysia tidak pernah dijajah!
Kita tidak fikir PERKASA (kerana telah diperkosa oleh UMNO) dan kelompok lain (yang diupah UMNO) yang membuat laporan polis membantah kenyataan Mat Sabu mengenai Indera akan membuat laporan polis terhadap dua orang profesor yang tidak jujur dengan ilmu sendiri lagi.
Nota :
Sekurang-kurangnya Mat Sabu ada buku rujukan terbitan Yayasan Johor untuk mempertahankan kenyataan bahawa Mat Indera diiktiraf sebagai hero kemerdekaan oleh Johor.
Apa rujukan yang mahu diberikan oleh dua orang profesor ini untuk mempertahankan hujah mereka bahawa Malaysia tidak dijajah oleh British?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment