Sep 17, 2011
Di Sini Menyaman..Di Sana Di Saman...!!
Mat Sabu saman Utusan laknatullah dan pengarangnya. Saman terhadap Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin Yassin akan menyusul. Kedua-duanya atas isu komunis dan Bukit Kepong. UMNO Selangor pula saman PAS dan Presidennya atas isu DUMC .
Adakah ini jalan terbaik untuk mencari kebenaran dan mengajar pihak yang suka melakukan fitnah? Rasa-rasanya begitulah. Kalau tidak disaman, akan menjadi-jadi pula fitnah nanti.
Biarkanlah pihak yang rasa tersiksa difitnah mendapat kembali hak dan maruahnya. Soalnya, bila, nilai dan keadlian? Ada tiga perkara yang menggusarkan dalam kes saman mahkamah ini, iaitu tempoh perbicaraan yang tak tahu bila berakhir, nilai ganti rugi dan yang terpenting ialah pelaksanaan keadilan itu sendiri.
Pertama, soal tempoh perbicaraan. Sewajarnya tempohnya perlu diselesaikan dalam tempoh yang sesuai yakni tidak terlalu lama. Sesetengah kes yang lepas, hanya selesai 10 tahun kemudian. Malah ada kes yang tak selesai-selesai. Contohnya kes saman roralti minyak kerajaan Terengganu dan kes Memali. Kalau beginilah mahkamah Malaysia, alamat keadilan tidak sempat dirasai oleh sesetengah orang yang bertujuan mendapat keadilan melalui mahkamah.
Kedua, soal nilai ganti rugi. Ganti rugi mestilah sesuai dengan kes. Tak kisahlah RM100 000 atau RM100 juta. Asalkan nilainya munasabah dengan kes. Mat Sabu kata, beliau tak menetapkan nilai samannya. Tapi ikut keadaan maruah dan ancaman yang terpaksa Mat Sabu dan keluarganya lalui wajar menjadikan Utusan laknatullah bangkrap.
Ketiga, keadilan para hakim paling penting untuk diperkatakan di sini. Adakah pihak yang berkuasa akan bermain juling mata dengan badan kehakiman untuk menyelamatkan sesuatu pihak dan mengenakan suatu pihak yang lain? Adakah hakim akan melambat-lambatkan sesuatu kes sehingga tak berselesaian? Atau adakah nilai ganti rugi yang diputuskan oleh hakim tidak sepadan dengan nyawa yang terancam dan maruah yang tercalar? Di sinilah rakyat menyorot integriti hakim.
Nota :
Kesimpulannya, sekiranya saman-menyaman dapat menguburkan amalan fitnah-memfitnah, maka ambillah pendekatan ini sebagai satu cara mengajar manusia. Tetapi jangan sesekali sesiapa pun lupa bahawa keadilan Allah akan menunggu manusia di akhirat sana. Di sanalah mahkamah terbaik. Allahlah hakim terbaik. Mangsa fitnah akan mendapat keadilan baginya dan pemfitnah akan mendapat balasan pedih atas dosa jahatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment