Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 29, 2011

Hassan Ali Tetap Istiqamah Bersama PAS...!!

SEHINGGA kini saya masih bersama PAS, saya yakin dengan perjuangan PAS, demikian penegasan Exco Kanan negeri Selangor dan AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohamad Ali berhubung dakwaan beliau mahu masuk Umno. Ikuti penjelasan beliau kepada wartawan Harakah, SAIDAH HAIRAN di majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya, Taman Tun Dr Ismail, barubaru ini.

Ada dakwaan mengatakan Dato’ akan keluar PAS dan masuk Umno. Benarkah dakwaan tersebut, Dato’?

DR HASAN: Baru-baru ini dalam blog-blog mengatakan Hasan Ali akan masuk Umno, hari ini (17 Septembar) hari pengistyiharan dia (saya) masuk Umno. Ini spekulasi.

Yang kedua dalam laporan media, dalam blog dan akhbar mengatakan saya pernah menganggotai Umno, pernah berkecimpung dalam Umno.

Saya menegaskan, saya tidak pernah sebarang masa dan ketika masuk Umno. Saya juga tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

Jadi, saya merasakan insya-Allah jika misalnya saudara-saudara dapatkan penjelasan ini dan beritahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya. Saya rasa dapat melegakan spekulasispekulasi yang sedemikian.

Saya tidak menyatakan spekulasi ini berniat jahat, saya tidak mengatakan spekulasi ini spekulatif sifatnya, saya tidak menyatakan hanya mahu menimbulkan ketegangan di mana-mana pihak tetapi saya rasa redakanlah. Jika tidak dapat penjelasan daripada tuan punya badan janganlah mewakili kuda-kuda untuk bercakap.

Dato’ ada sumber mengatakan Dato’ berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein?

Tidak ada. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan kot...

Hasan putung mayung ke bukan Hasan Ali (sambil berseloroh).

Sehingga kini saya bersama dengan PAS. Saya yakin dengan perjuangan PAS yang diasaskan.

Saya masuk PAS kerana dalam slogan PAS ialah Kepimpinan Ulama. Slogan ini yang memanggil Hasan Ali masuk PAS. Kedua kerana PAS hendak menegakkan negara Islam yang berpangkalkan pada al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Itulah yang memanggil saya masuk PAS. Tetapi misalnya jika itu sudah tidak dijunjung lagi oleh mana-mana manusia macam saya pun, saya harus melihat diri. Jika kita hendak mengatakan saya meletakkan diri saya dengan meloncat kepada Umno, itu tidak betul sama sekali. Hari ini saya menafikan itu berlaku.

Bagi Dato’ kenapa sampai ada dakwaan timbul?

Macam-macam orang mendakwa, saya public figure. Tapi dakwaan macam itu jika keluar daripada mulut isteri saya itu pun tidak betul, selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri dan ia tidak boleh diwakil-wakilkan.

Kedudukan kita dalam politik ini bukan perwakilanperwakilan macam itu, saya tidak pernah mewakilkan manamana orang, saya tidak pernah mewakilkan sesiapa dan tidak akan mewakilkan sesiapa.

No comments:

Post a Comment