Sep 15, 2011
Kalau UMNO Nafi...Maknanya Betul UMNO Memang Zalim...!!
Wakil rakyat Umno/BN berbohong apabila beliau mengatakan bahawa tanah yang dirampas dari rakyat oleh kerajaan Umno dan BN di kampong Batu13 dan Tenang sejak 2004 telah diberi kepada pemohon asal. Sebenarnya tanah terbabit yang diluluskan permohonannya pada zaman pemerintahan kerajaan PAS.
Iamelibatkan beberapa lot tanah di kampung berkenaan yang diusahakan oleh peneroka asal. Mereka telah membuka sendiri tanah-tanah tersebut berpuluh tahun dahulu tetapi tidak pernah diberi kelulusan di zaman pemerintahan Umno.
Apabila PAS memenangi Pilihanraya pada tahun 1999 banyak permohonan lama telah diperoses dan diluluskan untuk diberi hak milik. Majlis penyerahan Jadual 5A telah diadakan di Perkarangan masjid Felda Tenang pada awal tahun 2004 oleh Menteri Besar YAB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
Ramai daripada tuan-tuan tanah tersebut membuat bayaran Premium tetapi sebelum sempat pengeluaran surat hak milik dikeluarkan, apabila pilihanraya ke-11 tahun 2004 berlaku.
Apabila Umno merampas pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, bermulalah tindakan zalim Umno/BN bermula. Mereka membatalkan kelulusan itu dan membayar balik premium yang telah dibayar oleh pemiliknya. Malangnya sehingga hari ini sudah 2 penggal, sejak tahun 2004, namun tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat Umno tersebut.
Saya ingin bertanya kepada wakil rakyat Umno/BN terbabit, tanah mana yang diberi kepada tuan asal? (Rujuk akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 9 Sepember, 2011.). Tanah di Kampung Batu13 sudah lebih 40 tahun diteroka sampai saat ini tidak ada satu pun suratan hak milik yang dikeluarkanj oleh kerajaan Umno. Begitu juga tanah lot bagi tapak rumah di Kampung Baru.
Umno/BN hanya memperalatkan tanah sebagai 'umpan' menjelang pilihanraya..dengan 'menabur' pelbagai janji palsu. Wakil rakyat Umno/BN tersebut mendakwa Umno/BN tidak bertindak zalim, namun peristiwa pembahagian tanah di Bukit Kemiung Batu13 masih menjadi igauan kepada penduduk sekitar.
Apa tidaknya! Tanah-tanah yang telah diteroka dan ditanam dengan pokok getah akhirnya dibahagikan kepada 'kroni-kroni Umno di sekitar Hulu Besut. Orang kuat Umno/BN dapat memilki 6 ekar seorang tanah tersebut tanpa perlu bersusah payah, sedangkan orang yang meneroka, menebas dan menebang serta mengusahakan tanah tersebut 'menangis' sedih hingga ke hari ini.
Saya turun berjumpa dengan mereka ini. Kita ada senarai nama pemilik asal dan kita ada senarai nama orang kuat Umno/BN yang dapat. Ini bukti kezaliman dan penipuan Umno/BN. InsyaAllah kita akan dedahkan satu persatu dalam penulisan dan siri-siri ceramah yang akan dibuat dari masa ke semasa.
Perkara terbaru yang ingin dilakukan pemimpin Umno/BN ialah tanah Bukit Langkap Felda Tenang. Tiga bulan lalu mereka cuba rampas tanah tersebut dari pemilik asal dan membahagikan kepada kroni mereka. Sedangkan tanah tersebut telah diukur semasa pemerintahan PAS dulu mengikut rentahan peneroka asal.
Saya telah berjumpa dengan tuan-tuan tanah tersebut meminta tandatangan bantahan dan menghantar sendiri kepada Pejabat tanah Besut bersama beberapa orang tuan tanah. Alhamdulillah respon baik dari pejabat tanah. Kita tahu apa yang dibuat oleh 'anak-anak buah wakil rakya' yang tidak sempat dipantau oleh wakil rakyat kerana sibuk hal peribadi. Saya menasihatkan agar wakil rakyat Umno/BN turun padang dan jangan menzalimi rakyat sendiri. Kalaupun tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, toidak mengapa. Namun jangan sekali-kali bertindak zalim!
Jawapan yang tidak tepat wakil rakyat Umno/BN dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian yang diterbitkan pada 9 September lalu menyebabkan rakyat Hulu Besut semakin marah kepada Umno. Kita akan kumpul mereka ini dalam satu majlis tidak berapa lama lagi Insyaallah.
Kenyataan Media Oleh :
Cikgu Shalahuddin Jaafar,
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment