Sep 25, 2011
Pilihanraya Olok- Olok : UMNO/BN Tewas Empat Kerusi Di Pasir Mas...!!
LAPORAN atau catatan majlis rumah terbuka terhad yang diadakan di rumah saya hari ini saya lewatkan sikit kerena ingin menyampaikan maklumat terbaru saya terima dua jam lalu. Rasanya maklumat ini lebih penting dan perlu disegerakan dari catatan majlis terbuka terhad di rumah saya itu.
Laporan yang disampikan ialah mengenai simulasi atau pilihan raya olak-olak yang diadakan oleh Umno Kelantan melibatkan bahagian Pasir Mas. Simulasi itu diadakan kelmarin dan berakhir semalam.
Simulasi itu melibatkan ketiga Dewan Undangan Negeri di Pasir Mas, iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong.
Menurut satu sumber hasil dari simulasi pilihan raya itu Umno hanya menang satu kerusi sahaja itu di Tendong. Dua kerusi lagi di Chetok dan Pengkalan Pasir tewas.
Ukuran ini dibuat berdasarkan kepada pandangan zahir mengenai jentera pilihan raya di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
Kawasan Chetok, jentera pilihan raya tidak berapa aktif dan lembab manakala tidak sampai 300 orang yang mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.
Kata sumber dalaman Umno itu faktor kelembaban itu ialah kerana di Chetok wujud tiga kumpulan dalam Umno yang bersaing sesama sendiri di antara orang bekas calon Kamaruzaman Che Harun dengan orang-orang Pengarah Dun Cehetok pada masa ini Johan Che Pa.
"Hanya orang Johan Che Pa saja yang menggerakkan jentera pilihan raya manakala orang-orang Kamaruziman jadi tukang memerhati," kata sumber kekenaan. "Tidak banyak bendera dacing dipasang dan pos pilihan raya juga hanya beberapa buah saja yang dibuka," tambah sumber berkenaan.
Selain dari faktor itu, satu lagi faktor menyebabkan pilihan raya percubaan di Dun Chetok itu dingin dan tidak berjaya kerana orang-orang Umno yang sebelum ini menyokong Dr Wan Suhaimi Wan Daud yang kini telah menyeberang ke parti PKR mengambil sikap mendiamkan diri.
Faktor orang Umno yang menjadi pengikut Dr Wan Suhaimi telah memberi impak besar kepada Umno Chetok khasnya dan Umno Pasir Mas amanya, kata sumber berkenaan.
"Dengan berlakunya perpecahan tiga puak inilah menyebabkan suasana pilihan raya olok-olok di Dun Chetok ini dingin dan lembab," tambah sumber berkenaan.
Hal yang sama juga berlaku di Dun Pengkalan Pasir di mana Dun ini disebut-sebut akan ditandingi oleh Ketua Bahagian Pasir Mas Hanafi Mamat dalam pilihan raya akan datang. Kata sumber itu yang menjadi pemantau pilihan raya olok-olok itu keadaan dalam Dun Pengkalan Pasir juga dingin.
Jelasnya beberapa ceramah yang dianjurkan sebagai kempen pilihan raya olok-olok itu tidak mendapat sambutan langsung. "Adalah dua tiga puluh orang yang hadir pada satu-satu majlis ceramah," tambahnya. Keadaan itu berlaku kata sumber itu mungkin disebabkan orang-orang di Dun Pengkalan Pasir terdiri dari pengundi elit di mana mereka merasakan tidak perlu mengambil bahagian dalam simulasi tersebut?
Berlainan dengan Dun Tendong, di mana pilihan raya olok-olok di kawasan itu mendapat sambutan agak menggalakkan. Jentera pilihan raya juga nampak kemas dan tersusun dengan baik.
Dun Tendong dikepalai oleh ketua wanita tidak berhadapan dengan banyak masalah dan perebutan untuk menjadi calon juga tidak berlaku. Bekas Adun Tendong Fauzi Mohamad juga katanya memberi sokongan menjayakan simulasi berkenaan.
Jadi kata sumber itu bedasarkan kepada maklumat dan perkembangan itu menunjukkan Umno akan kalah di dua Dun dalam parlimen Pasir Mas. Kekalahan di dua Dun itu juga akan membawa kekalahan Umno untuk kerusi Parlimen Pasir Mas.
Sebut sumber itu lagi letaklah tokoh hebat mana pun di Pasir Mas UBN kena mengaku kalah kepada Pas atau PKR ini termasuklah sekiranya Inchek Ibrahim Ali diambil bertanding atas tikit BN, BN tetap juga akan kalah.
Malahan kata sumber berkenaan yang juga merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pasir Mas UBN akan lebih cepat lagi kalah sekiranya Ibrahim Ali menjadi calon parti itu. "Letaklah Ibrahim Ali atau datuk dan neneknya sekali pun, UBN akan kalah berdasarkan keputusan simulasi pilihan raya berkenaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment