Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 23, 2011

Kisah Lucu Lagi Melucukan...!!

Kalau ayah yang ada kuasa terhadap rumah yang didiami tiba-tiba dilarang masuk oleh anak-anak sendiri, itu tanda dunia sudah terbalik dan sudah jadi cacar merba. Kelakar dan lucu apabila rumah sendiri pun tak boleh masuk.

Itulah ibaratnya yang berlaku kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah apabila dihalang untuk menghadiri program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) malam tadi. Pihak pentadbiran UIA dilaporkan telah membatalkan program In Person with Dato’ Saifudin untuk membicarakan e-book beliau yang bertajuk: "Kalau Saya Mahasiswa".

Bagaimana seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap UIA boleh dihalang dan dibatalkan programnya sedangkan umum mengetahui UIA di bawah seliaan beliau melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika Ketua Dewan Ulamak PAS yang dihalang untuk menghadiri program tersebut maka ia tidaklah mengejutkan kerana beliau tiada kuasa di universiti tersebut.

Ataupun UIA ingin menunjukkan kuasanya terhadap timbalan menteri tersebut. Ini mungkin ada kaitannya dengan nasihat beliau kepada rektor UIA, Datuk Zaleha Kamaruddin untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari apabila didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" berikutan ulasannya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Jelas bahawa UIA bukan hanya melanggar kebebasan akademik dalam isu Prof Dr Abdul Aziz Bari bahkan tidak menghormati seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal yang berkaitan Pengajian Tinggi di Malaysia.

Jika ini berlaku, nyata bahawa UMNO yang memerintah negara tidak dapat mengawal keadaan ini dan menguruskannya dengan baik. UMNO sedang membawa negara mundur ke belakang walaupun di sana sini dinyatakan bahawa hanya UMNO yang boleh membawa pembangunan. Hakikatnya walaupun bangunannya banyak tetapi isinya kosong.

Bahruddin bin Hashim
Ketua Unit Penyelidikan
Ulamak Pelapis PAS Pusat"

1 comment:

  1. Sememangnya ada asasnya utk membatalkan program tersebut sebab AUKU masih lagi dipertimbangkan rayuannya oleh KPT. UIA perlu akur dengan dasar KPT itu sendiri dan dalam hal ini, Dato Seri Khalid Nordin Menteri KPT sendiri berpandangan bahawa AUKU dan seksyen 15 nya masih relevan dan diperlukan bagi menjamin keharmonian warga kampus agar bebas dari dijadikan ejen atau talibarut parti-parti poltik bagi tujuan kepentingan mereka dan jika dibenarkan akan memecahbelahkan perpaduan warga kampus dan universti itu sendiri sebagai tempat pengajian bukannya tempat berpolitik.

    ReplyDelete