Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 26, 2011

Usaha Menguburkan UMNO/BN Juga Satu Ibadah...!!


ALOR LINTAH - Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan Umno adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.

Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.

Dakwanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah medan terbaik rakyat untuk menyekat penguasaan Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman berasaskan pelbagai kepinca­ngan dan kelemahan tadbir urus sepanjang pemerintahan dua menteri besar yang terakhir ini.

Menurutnya, Pas berjanji akan menyenaraikan seluruh kepincangan dan kelemahan tadbir urus tersebut kemudian mendedahkannya dalam kempen PRU akan datang.

“Pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan kepimpinan negara juga pastinya akan mempercepatkan proses Pakatan Rakyat (PR) mengambialih pentadbiran Puterajaya.

Misalnya isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menggemparkan negara dengan melibatkan sejumlah RM250 juta pastinya sukar diterima oleh rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas negeri.

Wan Azhar berkata, kerajaan dikatakan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pemberian RM100 kepada ibu bapa pelajar serta RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi menutup isu NFC yang kian terdedah.
“Saya yakin akan tiba masanya gelombang kebangkitan rakyat berlaku tanpa mampu dihalang oleh Umno dan BN,” katanya.

sumber: sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment