Jan 14, 2012
Baik Ada Daripada Tak Ada....!!
UMAT ISLAM BOLEH ADA AKAUN FACEBOOK – BH
Hukum berdosa besar jika diguna tujuan mudarat
KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain.
Sebaliknya, jika laman sosial itu digunakan menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah adalah diharuskan.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Shukor Husin berkata, tidak menjadi masalah bagi seseorang mempunyai akuan laman sosial itu, malah facebook sendiri sebahagian daripada lambang kemajuan manusia dalam dunia penerokaan ilmu teknologi maklumat (ICT).
“Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik.
“Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu, ” katanya ketika dihubungi semalam.
-----------------------------------------------
woit....INI SAJA KESANGGUPAN UMAT ISLAM.....
kah kah kah...BERI FATWA HALAL DAN HARAM.....
kah kah kah...NAK MENJADI PEREKA ...TAK DAPAT....
kah kah kah...NAK JADI PEMULA.... TAK BERANI.....
woit... HANG INGAT KALAU TAK ADA FATWA NI APA JADI?....
kah kah kah....INGAT ORANG ISLAM AMBIL POT?.....
woit...BUAT LAAA FATWA ANTI RASUAH....
woit...BUAT LAH FATWA ANTI ISA....
kah kah kah...BUAT LAH FATWA ANTI AUKU.....
kah kah kah...AIMAN TAK KISAH...FOR SURE TAK BERANI....TAPI TENTANG FACE BOOK BERANI PULAK.... APA PUNYA TUUUR...
NOTA:
beeeb nasib baik ada fatwa
kalau tidak fb gua dah delete semua
kah kah kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment