Jan 6, 2012
PERKASA Hanya Nafsu Je Besar...!!
Demo PERKASA bantah 901 tak dapat sambutan-HD
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, meluahkan rasa kesal berikutan ramai masyarakat Melayu terutama pelajar terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu untuk menganjurkan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang Isnin ini.
Yang Dipertuanya, Abdul Rahim Osman (berketayap) berkata, mereka yang terlibat tidak seharusnya begitu taksub dengan kepentingan individu tertentu sehingga gagal menunjukkan kewarasan di dalam berfikir.
Menurutnya, perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" tidak patut berlaku di dalam negara yang mempunyai proses undang-undang dan peraturan.
"Apa yang cuba dilakukan masih di dalam proses mahkmah lagi, mahkamah sedang mendengar hujah, bukti-bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak jadi biar mahkamah buat keputusan.
"Sekiraya tidak puas hati masih ada peluang membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, kalau tidak puas hati lagi masih boleh buat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Ada dua lagi tangga untuk sesiapa tidak puas hati dengan mahkmah," katanya.
Kurang sambutan
Beliau berkata demikian selepas menyertai Solat Hajat bagi memohon supaya keamanan terus kekal dinikmati masyarakat di negara ini dan bebas dari sebarang bentuk kekacauan.
Kira-kira 3,000 jemaah menyertai majlis solat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mohammad Hashim sebaik selesai mengerjakan Solat Jumaat.
Bagaimanapun, program dirancang sepatutnya disusuli dengan satu demonstrasi aman di pintu masuk utama masjid berkenaan gagal diadakan berikutan kurang mendapat sambutan.
Abdul Rahim berkata, selain PERKASA majlis turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya, Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka, Perguruan Gerak Insan Seni Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Sejati Melaka.
"Tidak perlu kita nak buat demonstrasi jalanan kerana akan menyusahkan pihak berkuasa, membuang masa dan tenaga mereka malah kerajaan terpaksa membayar kerja lebih masa.
"Perhimpunan yang dirancang Isnin ini tidak patut dilakukan apatah ketika itu adalah hari orang bekerja dan kebanyakannya sibuk hendak menghantar anak ke sekolah serta tidak kurang juga yang hendak pergi bekerja," katanya.
Beliau turut kesal berikutan pihak terbabit cuba menggertak mahkamah supaya membuat keputusan yang berkemungkinan memihak kepada mereka terlibat.
"Hari ini PERKASA bersama NGO lain menyatakan pendirian bahawa usaha yang dilakukan ini untuk mengadakan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" adalah sesuatu perkara sia-sia.
"Saya ingin menyeru kepada masyarakat terutama orang-orang Melayu supaya jangan turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan itu kerana ia tidak baik untuk negara kita kerana akan menggambarkan negara kita seolah-olah berkeadaan huru-hara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment