Jan 4, 2012
UMNO Mula Gerun Dengan Ustaz Azhar Idrus...!!
Assalamualaikum,,..
Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.
Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar.
Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf.Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.
Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.
Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.
Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.
Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.
UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara.Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).
UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.
BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment