Feb 28, 2012
Gerakan Pun Meluat Dengan Perangai UMNO....!!
Seorang pemimpin gerakan Pulau Pinang hari ini membuat kecaman ke atas tindakan politk samseng Umno pada hari protes Anti-Lynas di Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade semalam.
Ketua Biro Undang-undang & Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh memberi amaran kepada UMNO supaya menghentikan cara berpolitik sedemikian, lapor FreeMalaysiaToday.
Jika tidak, menurutnya Barisan Nasional perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya di dalam pilihanraya akan datang.
Baljit menambah aksi keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng UMNO tersebut amat memalukan dan memberi impak buruk bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada parti-parti komponen BN yang lain.
“Rakyat Pulau Pinang benci kepada para samseng ini. Anggota komponen BN yang lain rasa bersalah bersekongkol dengan Umno selama ini. Rakyat mempersoalkan integriti dan maruah parti-parti selain UMNO di dalam BN,” katanya hari ini.
Baljit berkata lebih banyak Umno melakukan perkara sedemikian, lebih teruk BN akan kehilangan undi dari rakyat Pulau Pinang dan lain-lainnya.
Beliau mengingatkan Umno bahawa BN telah kehilangan banyak sokongan pada 2008 akibat dari kebencian rakyat terhadap keangkuhan dan kesombongan Umno.
Beliau menambah parti komponen BN menerima kesan buruk begitu dasyat akibat bersekongkol dengan Umno dan berkata Umno mesti sedar bahawa mereka adalah sebahagian dari BN, dan mereka ketua feudal.
“Jika UMNO tidak boleh bekerja sebagai anggota di dalam kumpulan BN, mereka patut tahu apa yang perlu mereka lakukan,” kata Baljit.
‘Kenapa Di tempat dan masa yang sama?’
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa samseng yang terlibat adalah ahli mereka dari UMNO bahagian Tanjung.
Bagaimanapun, beliau cuba mendakwa penyokong anti-Lynas yang memprovokasi ahli pemuda UMNO berkenaan.
Namun Baljit, yang ada memerhati demonstrasi berkenaan, mempersoalkan tujuan Pemuda UMNO tersebut menganjurkan demonstrasi pro-Lynas pada tempat dan masa yang sama.
“Mengapa mereka tidak boleh mengadakan demonstrasi itu di hujung minggu ini? Kenapa mereka perlu lakukan pada hari yang sama? Tidakkah Umno boleh menghormati demokrasi?” soalnya.
Semasa Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota semalam, ia dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu
Kumpulan berkenaan terus mencaci Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.
Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.
Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.
Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment