Mar 18, 2012
Demokrasi Myanmar Lebih Baik Dari Malaysia...!!
KUALA NERUS – Walaupun negara Burma ditekan oleh pemerintah Tentera, namun peluang untuk parti yang bertanding dalam pilihanraya muncul selama 15 minit dalam telivisyen Burma menjadikan demokrasi di Burma dilihat lebih baik dari apa yang diamalkan di negara ini.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebaliknya sehingga kini setelah 54 tahun merdeka demokrasi di Malaysia tidak membenarkan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya muncul di kaca TV.
“Walaupun hanya 15 minit, masa yang diberikan kepada parti-parti yang bertanding muncul di kaca TV, ia dilihat lebih baik dari Negara kita,
“sehingga kini, tuntutan PAS dan parti-parti politik untuk mendapat akses yang lebih baik belum dipenuhi,”ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat isu kepada jentera muslimat DUN Tepoh di sini, pada Sabtu 17 Mac.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemunculan ketua pembangkang Burma, Aung San Suu Kyi yang berucap dalam kempen pilihanraya di TV Burma pada 15 Mac lalu [Gambar Atas].
Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Kuala Terengganu menolak dakwaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononnya demokrasi di Negara ini adalah adil.
“Nak muncul di TV pun tak boleh, mana boleh kata adil! Sedangkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional menggunakan stesyen TV untuk berkempen siang dan malam,
“itu belum lagi manipulasi daftar pengundi oleh SPR yang masih belu bebas dari ‘ditunggang’ oleh Umno,”jelasnya.
Beliau berkata, kejadian nama-nama pegundi yang tiba-tiba bertukar tempat mengundi da nada diantaranya hilang secara tiba-tiba dari senarai daftar pemilih seringkali berlaku.
Yang terbaru, menurutnya, Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah dipindahkan tanpa pengetahuan beliau.
Wan Sukairi turut menyokong diadakan Himpunan Amana BERSIH 3.0 sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih tidak dapat membersihkan senarai pengundi dan kerajaan gagal menunaikan lapan tuntutan BERSIH.
“tidak ada makna sekiranya hanya dibenarkan menggunakan dakwat kekal tetapi SPR tidak berubah dan lain-ain tuntutan dalam lapan perkara yang dikemukakan BERSIh tidak dipenuhi,
“lebih baik diadakan BERSIH 3.0 sebelum dibubarkan parlimen,”katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment