Mar 14, 2012
Majlis Pertunangan Anak Najib...Siapa Yang Bayar...??
Dari Blog Sharpshooter
Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.
Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :
Kos untuk ubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Sri Perdana) – Menerima suntikan RM65 juta hanya untuk 2 tahun sahaja. Bil elektrik (Kediaman rasmi) Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri sekitar RM160,000 sebulan dan bil air pula adalah sebanyak RM33,000 sebulan
Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor itu bagi kami bukanlah sesuatu yang harus diberikan perhatian utama, itu hak mereka jika ia menggunakan dana sendiri. Tiada masalah. Dengan memegang status sebagai pemimpin negara, takkanlah beliau mahu buat majlis ini dalam keadaan serdahana pula, bukan? Walaupun diadakan secara tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :
menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++ tetapi persoalannya siapa yang membayarnya? Sekali lagi kalau nak buat majlis semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket & simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.
Dan di bawah ini kami sertakan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sumber dokumen : Rafizi Ramli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment