Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 28, 2012

Siapa UMNO Yang Sebenarnya....??


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ( Gambar atas ) bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihanraya.

Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihanraya.

Bagi DPPM, dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihanraya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius. Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya. Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno. Kedua-dua pemimpin ini adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihanraya umum. Sudah tentu dakwaan mereka berasas.

Justeru itu, tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihanraya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai. Sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.

Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihanraya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno-BN. Justeru, DPPM amat berharap, taktik jahat Umno ini dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang Pru ke 13. Sudah beberapa kali pilihanraya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.

Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno-BN tidak layak memerintah negara. Mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan. Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment