Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 1, 2012

Dulu Hitam...Sekarang Dah Kelabu.....Dan InsyaAllah Akan Jadi Putih....!!


KEMAMAN – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dalam Parlimen Kemaman tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat Umno dan satu ‘kawasan hitam’ bagi PAS bahkan, ia adalah antara DUN yang pernah dimenangi PAS pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasayarakatan PAS Kawasan Kemaman (LKK), Haji Zulkifli Md Yakim, pelbagai pendekatan memasyarakatkan PAS telah diambil dan hasilnya begitu meyakinkan.

Katanya, beliau dan seluruh jentera LKK dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Air Putih telah ‘naik tangga ke tangga’ lebih 2,000 buah rumah dalam DUN berkenaan.

“Sejak dua bulan lalu, kita telah buat kunjungan rumah ke rumah, naik ‘tangga ke tangga’ ke setiap rumah penduduk di DUN Air Putih,

“natijahnya, AlhamduliLlah meyakinkan dan yang paling mengejutkan kami, hanya satu hingga dua peratus sahaja yang menolak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi temubual eksklusif dengan Buletinonline ketika ditemui di bandar Chukai baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Jawtankuasa MTD Air Putih menjelaskan, usaha bersepadu yang berterusan sedang dijalankan bagi memberikan penerangan dan menjelaskan informasi kepada penduduk DUN tersebut.

Justeru beliau menegaskan, pengundi DUN Air Putih telah menunjukkan perubahan yang besar dan PAS akan menang DUN tersebut dlam pilihanraya umum akan datang.

“Demografi penduduk DUN Air Putih yang terletak di luar bandar menyebabkan mereka bergantung kepada maklumat dari media perdana dan kurang informasi dari media baru,

“tugasan kita yang utama adalah menyampaikan penerangan dan penjelasan supaya mereka (penduduk) mendapat informasi terkini tentang PAS dan Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Menurutnya, gelombang kebangkitan rakyat DUN berkenaan sedang meningkat terutama di kalangan orang-orang muda. Katanya, lapan dari 12 Peti Undi telah di lawati dan hasilnya sangat positif]

Katanya, penyebaran risalah dan manifesto awal 10 perkara ikrar PAS Terengganu cukup berkesan dan menarik minta golongan tersebut.

“Mereka yang selama ini tidak didedahkan dengan PAS, hanya mempunyai maklumat yang terlalu sedikit, dan ramai yang hampir tidak ada maklumat,

“apabila kita pergi bertemu dengan mereka, mereka menunjukkan minat dan datang bertemu dengan kita,”terangnya.

Sehubungan itu beliau berkata, seramai 50 orang pengundi muda telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya dan menyatakan kesediaaan menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, mereka sudah muak dengan ‘telatah’ dan tingkah laku pemimpin Umno serta Jawtankuaa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bukan ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tetapi hanya mencari peluang mengumpul kekayaan peribadi.

“Mereka datang dan bertemu kita di luar kawasan, saya tidak sangka, mereka sudah berani membuat tindakan kerana mereka sudah ‘muak’ dengan sikap pemimpin Umno dan JKKK dikampung mereka,

“ia adalah satu petanda yang cukup baik,”tambahnya.

No comments:

Post a Comment