Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 12, 2012

Kenyataan Media BERSIH 3.0


12 April 2012

Pesuruhjaya Pilihan Raya Mesti Letak Jawatan


BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya ( SPR) meletak jawatan dengan serta merta. Ini kerana kerana mereka telah melemahkan integriti daftar pemilih. Mereka telah membiarkan penipuan dalam pilihan raya yang bakal dijalankan tidak lama lagi berterusan.

Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang wujud pada hari ini tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai dan rakyat Malaysia.

BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari 400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut adalah contoh:

1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71, code ini untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?

Hasil penyelidikan MERAP telah mengenal pasti 10 masalah pokok. Pekara ini berkaitan khususnya dengan daftar pemilih. Terdapat nama pengundi pasangan tentera/polis yang jentinanya – dari lelaki jadi perempaun kemudian jadi lelaki dan kemudian jadi perempuan kembali. Terdapat juga pengundi pos - anggota polis dan tentera - yang terlalu tua dan pasti telah bersara. Jantina pengundi yang berubah-ubah ini amat-amat disyaki.

Hasil penyelidikan ini juga memperkukuh lagi keperluan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum dijalankan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil. SPR bukannya menjamin ‘satu orang satu undi’, sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan yang diterangkan di atas.

Membiarkan ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya sekarang terus bertugas hanya akan menjadikan pilihan raya umum yang akan datang ini terkotor, tidak adil dan tidak demokratik.

Lebih memeranjatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gigih menyekat penambahbaikan pilihan raya dengan tidak menghiraukan sepenuhnya tujuh (7) lagi tuntutan BERSIH 2.0. Misalannya, SPR enggan mengiktiraf pengudi di seberang laut sebagai pengundi yang sah, dan enggan menerangkan secara jelas dan telus proses dan kriteria untuk pengundi pos dan pengundi awal. Jelas SPR tidak jujur untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya.

Oleh itu, BERSIH 2.0 menggesa ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya agar meletak jawatan serta merta. Mereka wajib digantikan dengan ahli lembaga yang baru yang sanggup bertindak untuk memastikan pilihanraya akan dijalankan secara bersih dan adil.

Dengan bangganya BERSIH 3.0 mengumumkan kempen DUDUK BANTAH nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh. Bandar raya dan bandar di seluruh dunia yang akan mengadakan DUDUK BANTAH adalah seperti dalam Lampiran 1.

BERSIH 2.0 menyeru seluruh rakyat agar bangkit dan menyertai DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka - ditempat lain dalam negara dan di kota-kota dunia pada 28 April 2012. Masa depan negara adalah tanggungjawab kita semua.

Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!


NOTA:

cukup jelas bahawa spr
adalah lembaga jahat
yang menipu dan merancang
untuk memastikan gerombolan
akan terus berkuasa

jawapannya ialah :-
wajib 500 ribu turun
ke dataran merdeka
kita ajar SPR bagaiman untuk
buat baik dan adil!

No comments:

Post a Comment