Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 18, 2012

MB Selangor Sedia Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Perjelas Kedudukan Sebenar


Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri, Istana Negara pada 11 April lalu telah berlangsung dengan penuh adat istiadat.

Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Dato' Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu Istiadat Pertabalan dan Majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara.

Saya secara peribadi telah mengenali Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sulta Badlishah, sebelum saya dilantik ke jawatan Dato' Menteri Besar Selangor. Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut hadir pada Istiadat Pertabalan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesar bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Oleh itu, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memperjelas kedudukan sebenar ke bawah Duli Tuanku.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment