Apr 13, 2012
Tolak Keluar BN dan Lynas, Malaysia Pasti Selamat....!!!
KUALA LUMPUR 13 April: Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang sebagai jawapan kepada keangkuhan kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi Lynas, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
“Apakah kita mahu ulangi seperti yang terjadi di Bukit Merah? Tidak.
“Malaysia bukan ‘dumping site’ untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu tentang parti mana, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan.
“Projek yang membawa mudarat seperti ini tidak kenal ini semua. Kajian membuktikan ia berbahaya untuk alam sekitar, bahkan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada .
“Untuk generasi masa depan, kita kena tolak pihak yang membawa masuk projek ini,” katanya di hadapan kira-kira 200 peserta himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) di Dataran Shah Alam, selepas solat Jumaat, hari ini.
Himpunan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang.
Mereka melaungkan slogan ‘Henti Lynas’, ‘Hidup Rakyat’, Hidup Alam Sekitar’, ‘Jahanam Kapitalis’ dan ‘Go Back To Australia’
Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas.
Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas.
“Dalam masa terdekat kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini.
“Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment