Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 13, 2010

Jelas..Sahih & Muktamad...!!!


PAS Tidak Mahu Tanggung " Biawak" Hidup-Harakah

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.

"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit. "Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah...INI SUDAH BAGUS...JELAS & TEPAT...!!!

Kah..Kah...INI KENYATAN BERANI DARI OARNG YG MEMANG BERANI...!!!

Woittt....MACAM INI LAH PERSONALITI PEMIMPIN YG WAJIB KITA PILIH.....!!!

Kah..Kah...PEMIMPIN MESTI CAKAP JELAS-JELAS.....!!!

Kah..Kah...ADA TERIMA KA...ATAU TAK ADA TERIMA KA.....!!!

Woitttt....INI LAH PEMIMPIN NEGARA MASA DEPAN...!!!

Kah...Kah.. BUKAN MACAM MAT MONGOl...SEMUANYA MASIH KLUK..KLEK & BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SELAIN BERIMAN, WARAK...PEMIMPIN HENDAKLAH ADA KARISMA DAN TEGAS DALAM YENTUKAN SESUATU DASAR...!!!

Menteri VS Cukong : Siapa Yang Power..???

KERAJAAN LONGGAR SYARAT LESEN RUNCIT BARANGAN KAWALAN - mStar

Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit bagi barangan kawalan berkuatkuasa 1 Julai ini dengan melonggarkan syarat pelaksanaan lesen barangan itu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, menerusi langkah itu semua peniaga tidak perlu lagi merekodkan semua transaksi penjualan seperti sebelum ini, bagaimanapun, urusan pembelian daripada pemborong perlu dilakukan sebaik memiliki lesen berkenaan.

"Tiada niat untuk menyusahkan atau membebankan mana-mana pihak, sebab kitatelah menghapuskan kerenah birokrasi termasuk memansuhkan syarat penyediaan rekod pembelian dan penjualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen dan ekspo jualan langsung anjuran kementerian di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, KPDNKK mempertimbangkan segala permintaan dan rungutan beberapa pihak bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan selainmengawal ketirisan ke atas barangan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

Lesen barangan kawalan, kerajaan tak kompromi-MKini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau mengulas ugutan daripada peruncit di seluruh negara bahawa mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mewajibkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kita sudah berjumpa dengan mereka dan juga memenuhi sesetengah tuntutan awal mereka,” katanya.

Sebagi contoh, menurut Ismail Sabri bayaran RM10 untuk lesen yang dicadangkan pada awalnya telah ditarik balik dan lesen itu sekarang akan diberikan percuma.

"Untuk memudahkan proses itu, kami akan menghantar pegawai ke kedai mereka untuk mengeluarkan lesen dan ia boleh dilakukan ketika itu juga,” katanya.
---------------------------------------------------------------
Woittt....MENTERI APA NI..??? KEJAP CAKAP TAK KOMPROMI...KEJAP LONGGARKAN SYARAT...!!!

Kah...Kah...PATUTLAH ADA URA-URA MAT MONGGOL NAK REHATKAN KAU...!!!

Kah...Kah...CAKAP BEDEGAR-DEGAR...TAPI TAK ADA TELUR...!!!

Kah..Kah....CAKAPLAH TAKUT PADA CUKONG...SEKALI CUKONG MASUK....SEMUA JADI LEMBUT...!!!

Kah...Kah..INI LAH POWERNYA CUKONG....!!!

Kah...Kah..MANA HILANGNYA BERAHIM ALI...BANTULAH MAMAT NI...!!!

Kah..Kah...MAMAT NI TAK ADA KERIS NAK LAWAN CUKONG...!!!

Kah..Kah...BAGILAH AMARAN 48 JAM PADA CUKONG....!!!

Kah...Kah...KENAPA DIAM...ITU HARI CAKAP MACAM ANTI CUKONG...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...CUKONG TAK PAYAH SUSAH...DARI PM SAMPAI JKKK SEMUANYA MELAYU..TAPI MELAYU TETAP MEREMPAT...CUKONG JUGAK YANG KAYA RAYA..!!!

Rakyat Palestin Terus Di Jarjiskan.....!!!


M'SIA-AS BERKONGSI PENDIRIAN MENGENAI KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP KAPAL BANTUAN KE GAZA- BHarian

ROMPIN: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkongsi berhubung isu kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang membabitkan sukarelawan dari negara ini baru-baru ini. Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata sehubungan itu,hubungan Malaysia-AS tidak terjejas di mana kedua-dua negara mengutuk keras tindakan kejam rejim Zionis itu.

"Dasar luar AS kini telah banyak berubah sejak pentadbiran Presiden Barack
Obama termasuk berhubung isu terbaru di Gaza itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rompin Fest 2010 di Pantai Hiburan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan tentera Israel yang
menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu Mavi Marmara menyebabkan
beberapa aktivis dari Turki dibunuh pada 31 Mei lalu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata dasar luar AS kini semakin terbuka sejak
Obama mengambil alih pentadbiran."Walaupun keterbukaan itu tidak berlaku secara drastik namun ia semakin menerima pandangan dunia terutama negara-negara Islam berhubung isu-isu antarabangsa," katanya.

Jamaludin berkata ketika pertemuan Obama dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di Washington baru-baru ini, Obama melahirkan hasrat untuk
mewujudkan semula rundingan damai di antara Israel dan Palestin.

Menurutnya perkara itu jelas membuktikan Presiden AS itu mahu melihat
perdamaian di antara kedua-dua negara berkenaan walaupun akur Israel juga
mempunyai dasar luarnya sendiri yang tidak mudah untuk dicampuri oleh
pentadbiran AS. - BERNAMA
---------------------------------------------------------
Kah...Kah....KONGSI APA..??? KONGSI SERONOK KE...???

Kah..Kah....INILAH UCAPAN PEMIMPIN YANG MEMANG DAH JADI BARUA AMERIKA...!!!

Kah..Kah...KALAU TAK PANDAI AMPU...TAKKAN MAT MONGGOL LANTIK JADI DUTA...!!!

Kah..Kah...MALAON NI MEMANG SUKA TINGGAL KAT AMERIKA...BEBAS..TAK ADA ORANG NAK GANGGU...!!!

Kah...Kah...OBAMA KENAL TAK SIAPA MAT MONGGOL & JARJIS NI...???

Kah..Kah....BAI'AH DENGAN OBAMA 15 MINIT NAK BINCANG ISU PALESTIN...SORRY BRADER..!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...UMNO MEMANG JENIS SPESIS YANG SUKA MAIN WAYANG..!!!

Lagi Bukti Zionis Antarabangsa Dah Bertapak Di Malaysia...!!!

Kapal Israel di Kelang bukti Najib APCO hipokrit

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah....JELAS MAT MONGGOL DAH TIPU RAKYAT MALAYSIA...!!!

Kah...Kah....BERCAKAP DI PARLIMEN...BUKAN MAIN LAGI...!!!

Kah...Kah....NASIHAT APCO LEBIH PENTING BAGI MAT MONGGOL...!!!

Kah...Kah...SUARA RAKYAT TAK PENTING BAGI BINI ROSMAH BUAT MASA INI...!!!

Kah...Kah...MAT MONGGOL MEMANG BENCI PADA PALESTIN...!!!

Kah...Kah...MANA MUNGKIN BINI ROSMAH NAK BENCIKAN ISRAEL...!!!

Kah..Kah....1 MALAYSIA SAMA DENGAN 1 ISRAEL BUKANNYA 1 PALESTIN...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...GOLONGAN MUNAFIK DAH LAMA WUJUD..SEJAK ZAMAN NABI LAGI...MAKA TAK PELIK...!!!

Jun 12, 2010

Halal Haram Pun Nak Kluk..Klek Jugak Ke.. ????


Khairy gesa k'jaan segera beri penjelasan -MKini

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

"(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

"Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan)," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui "saluran dalaman parti" berhubung isu tersebut.

"Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad," katanya lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil petang ini.

Program berkenaan menarik penyertaan lebih 10,000 golongan muda dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin parti komponen BN.

SIDANG AKHBAR JELAS ISU LESEN JUDI DIBATALKAN - mikini

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Najib sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.
------------------------------------------------------------
Woittt...TAK KAN TAK DAPAT JAWAPAN LAGI...???

Kah...Kah..TAK KAN INI PUN NAK KLUK..KLEK JUGAK....!!!

Kah...Kah...MINTAK LAH BANTUAN MUFTI...NAK HALAL ATAU NAK HARAM...!!!

Kah...Kah...HAJI VINCENT CAKAP KALAU HARAM..MELEPAS RM 525 JUTA...!!!!

Kah...Kah...MAT MONGGOL CAKAP KALAU HALAL...MELEPAS JADI PM LEPAS PRU 13...!!!

Kah..Kah....TANYALAH MASHITAH WADUK..PAKAR DALAM FATWA BANGANG...!!!

Kah..Kah....TANYALAH FIRAUN BESAR....PEMBELA AGAMA ISLAM NO. 1 NEGARA...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...TENTU APCO AKAN NASIHATKAN SUPAYA JUDI BOLA DAPAT DIHALALKAN...!!!!

Bukti PRU 13 Dah Makin Dekat....!!!

Kaum Bumiputra Malaysia..Sama Taraf Dengan Melayu...!!!

Nazri: Masyarakat Siam adalah bumiputera -MKini

Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di Tumpat hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. - Bernama
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....KENAPA JADI MACAM NI...????

Kah..Kah....BN DAH HILANG UNDI CINA & INDIA..KINI TAGIH UNDI SIAM PULAK...!!!

Kah...Kah...APA STATUS MASYARAKAT FILIPINA DI SABAH....???

Kah...Kah...APA STATUS MASYARAKAT INDO DI SELATAN SABAH...???

Kah...Kah...APA CERITA STATUS MASYARAKAT KEMBOJA DI DUNGUN....???

Kah...kah...APA CERITA STATUS MASYARAKAT MYANMAR DI PEKAN...???

Kah...Kah...AGAK-AGAK UNDI SIAM BOLEH MENANGKAN BN DI KELANTAN KE..???

Kah..Kah....PERGI LAH CHECK ORANG ASLI BERAPA RAMAI YANG TAK ADA IC...!!!

Kah..Kah....ORANG ASLI LAGI PURE BUMIPUTRA...!!!

Kah..Kah...KENAPA MASYARAKAT SIAM PULAK YANG JADI SASARAN..!!!

Kah...Kah...INI MESTI ADA SEBAB...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...MASYARAKAT SIAM PUN DAH PANDAI PILIH YANG MANA KACA DAN INTAN...!!!

Hindu Jangan Jadi Macam Melayu...Kena Tipu Selalu...!!!

Muka Pemimpin Hindu Yang Betul-Betul Bela Hindu..

Muka Pemimpin Hindu Yang Terus bodohkan Hindu...!!!


Bekas tahanan ISA Vasantha ditangkap di majlis PM -MKini

Bekas tahanan ISA, T Vasanthakumar ditahan hari ini ketika cuba untuk menyerahkan memorandum mengenai nasib kaum India kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis yang dihadiri perdana menteri hari ini.Aktivis tersebut, bersama-sama 10 orang lagi, berusaha untuk mendekati perdana menteri, yang sedang beredar selepas melancarkan geran akademik untuk pelajar India.

Kumpulan itu ditahan oleh sekumpulan anggota polis yang membentuk tembok manusia di sepanjang laluan Najib ke keretanya.Gagal menemui Najib, Vasanthakumar kemudian diseret dari situ apabila dia melaungkan "lebih biasiswa JPA untuk kaum India".

Dia dibawa ke van polis yang kemudian beredar dari itu, dipercayai menuju ke balai polis.
------------------------------------------------------------
Woittt.....HINDU JANGAN JADI MACAM MELAYU...SELALU KENA TIPU...!!!

Kah...Kah...PATUT SOKONG PEMIMPIN YANG BETUL MAHU BELA HINDU...

Kah...Kah...HINDU MALAYSIA PATUT DAH LAMA TOLAK SAMY VELLU...!!!

Kah...Kah...22 TAHUN BERLALU..APA SAMY VELLU BUAT UNTUK HINDU...???

Kah..Kah....KALAU SETAKAT TAMBAH KUIL SAJA..TAK CUKUP...!!!

Kah...Kah...JANGAN JADI MACAM MELAYU..MASJID MAKIN TAMBAH..ORANG SEMBAHYANG MAKIN TAK ADA...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...KESIAN KAT HINDU..SEMAKIN HARI SEMAKIN JADI DUNGU ANGKARA SAMY VELLU...!!!

Fatwa Oleh Kiai SAUH Dari Johor.....!!!



HISHAMUDIN RAGUI TINDAKAN BUKAN ISLAM GUNA SIMBOL PAS -mStar

Hishammuddin THussein sangsi dengan langkah PAS membenarkan, secara bersyarat, calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin langkah itu tidak akan berjaya "kerana seseorang itu akan hanya memutuskan (untuk bertanding) berdasarkan pertimbangan politik jangka pendek." "Rakyat mengetahui rekod PAS.

Individu yang membuat cadangan itu kini adalah individu yang sama yang dahulunya tidak pernah termimpi untuk berbuat demikian.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah...ADA BERITA AGAMA DARI JOHOR....SEMUA ORANG KENA BACA...!!!!

Woittt.... KIAI SAUH DAH PANDAI CAKAP HAL AGAMA......!!!

Kah..Kah...KIAI SAUH DAH MULA BAGI FATWA......!!!

Kah...Kah...KIAI SAUH HARAMKAN ORANG BUKAN ISLAM PEGANG BENDERA PAS...!!!

Kah...Kah...KIAI SAUH TAKUT NANTI PAS MAKIN KUAT...!!!

Kah...Kah...KAWAN KIAI SAUH...ANUAR ZAIN SIHAT KE...!!!

Kah..Kah....KIAI SAUH TAK PAYAH SIBUK...PAS PUNYA PASAL LAH NAK BUAT APA PUN...!!!

Kah...Kah...PAS UNTUK SEMUA...BUKAN UNTUK UMNO...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK..KUMAN SEBARANG SUNGAI NAMPAK PULAK....

Go To Hell For UMNO....!!!



'PAS komited sepenuhnya bersama Pakatan' -MKini.

Setelah dua tahun "bermain mata" dengan seterunya Umno, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya dengan tegas menyatakan bahawa parti Islam itu kini komited sepenuhnya dengan matlamat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu hari ini, beliau mengingatkan parti itu supaya mempertahankan prinsip tahalluf siyasi (kerjasama politik) dan tidak lupa asas PAS sebagai sebuah parti Islam.

Dengan mengambil contoh beberapa pilihan raya kecil sejak dua tahun lalu, terutama yang terbaru di Sibu, Sarawak, Hadi berkata pengalaman daripadanya menunjukkan dasar PAS boleh seiringan dengan Pakatan, dan bahkan mampu untuk memperluaskan lagi sokongan.

Ini, katanya, menjadi asas ikatan antara parti-parti dalam Pakatan dengan PAS, yang mengarah kepada perkembangan yang telah mengubah lanskap politik negara.

Menyedari bahawa hambatan utama PAS adalah masalah untuk menembusi masyarakat Melayu, Hadi berkata keutamaan partinya adalah untuk menangani perkara itu.

Orang Melayu, tegasnya dibuai sehingga lalai bersama Umno yang menurutnya, senantiasa meniupkan laungan perkauman sempit.

Oleh itu, katanya, PAS wajib berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam, dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah....I'M SORRYYYYYYYYYY...!!!

Kah...Kah....KEINGINAN UMNO MEMANG TINGGI...TAPI LEMAH TENAGA...!!!

Kah...Kah....BUKAN PAS SAJA...GERAKAN PUN DALAM PROSES NAK TUNTUT FASAKH JUGA..!!!

Kah...Kah...MIC BARU JE SEDAR..UMNO MEMANG TAK LARAT..LEMAH TENAGA BATIN...!!!

Kah...Kah...MCA DAH PUN NAMPAK...UMNO MAIN KAYU TIGA...CURANG...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...PERPADUAN UNTUK KEJAHATAN MEMANG DI MURKAI ALLAH...

KeBERSIHan Adalah Sebahagian Daripada Iman...!!

SULIT TAK SULIT..MESTI KENA BERSIH...!!!

Usul rancang satu lagi demo BERSIH -MKini

Satu lagi himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) dirancang diadakan tahun depan kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu".

Usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu semalam.Usul tersebut dibuat oleh Pemuda kawasan Parit, Perak dan disokong oleh Pemuda kawasan Kapar serta Dewan Pemuda PAS Terengganu, kata Pengerusi jawatankuasa usul Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat kepada Malaysiakini hari ini.

Bersih mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 2007 di ibunegara yang disertai oleh kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, muktamar Dewan Ulama pula meluluskan sebulat suara mendesak pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang.

Bukan Yang Ni Saja Kena Bersih..!!!Yang Ini Juga Wajib DiBersihkan..Malah Wajib Lupuskan Dari Negara...!!!

Mereka juga mendesak kepimpinan tertinggi parti itu supaya menaikkan taraf badan yang dikenali sebagai Urusan Ulama PAS kawasan kepada Dewan Ulama PAS kawasan.

Usul berkenaan mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang hadir.Perwakilan muktamar tersebut juga mengambil ketetapan untuk memastikan dasar dan prinsip pejuangan PAS dipertahankan di samping memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Muktamar Dewan Ulama juga meluluskan usul tergempar yang dibentang oleh Urusan Ulama kawasan Pengkalan Chepa yang mencadang diwujudkan unit khas kaunseling bagi menyedarkan golongan remaja terhadap gejala sosial yang berlaku sekarang.

Wakil kawasan tersebut Nik Razi Nik Mat berkata, ulama hendaklah tampil berperanan menangani masalah remaja dalam masyarakat. Usul tersebut dilulus tanpa sebarang bantahan.
------------------------------------------------------------
Woitttt.....USUL DI TERIMA SEBULAT SUARA OLEH RAKYAT....!!!

Kah...Kah...KALAU PR TAK BERSIH..SIAPA LAGI NAK BERSIHKAN...UMNO MEMANG PENGOTOR...!!!

Kah...Kah...BUKAN SPR SAJA KENA BERSIH....SEMUA SEKALI KEKOTORAN YANG ADA MESTI DI BERSIHKAN....!!!

Kah...Kah...SEMUA RAKYAT MESTI BANGUN DAN BERSIHKAN MALAYSIA DARI NAJIS & KEKOTORAN...!!

Kah..Kah....BILA BERSIH..HIDUP SIHAT & AMAN..LALAT PUN TAK ADA...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...KEBERSIHAN MEMANG DI TUNTUT DALAM AGAMA ISLAM..