Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 24, 2010

PR Kena Lari Ke Depan Untuk Kejar Impian...!!


Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.

Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai ’tabung deposit’ atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR.

Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.

Tenang adalah ’maruah’ UMNO dan BN

Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya.

Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.

Nota :

Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap ’rakyat penentu’ seperti semasa di PRK di Bukit Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.

Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang.

Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.

Tanam Padi Tumbuh Lalang...Musnahlah Satu Impian....!!!

Industri yang sangat menguntungkan negara...!!

Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor - MK

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.

"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.

"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.

"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.

Nota :

Lama dulu SK dah maklumkan....
Saman trafik adalah merupakan satu industri di malaysia....
Kalau industri itu tak menguntungkan...dah lama saman ekor tidak di jalankan...
Bila ada untung sudah pasti ianya akan di swastakan...
Atau dengan kata lain ianya adalah satu konsesi antara swasta dan kerajaan...
Bila ada konsesi...mesti ada untung...
Siapa yang untung..?? Tentulah pemegang konsesi...
Ini mungkin juga idea APCO untuk kerajaan malaysia...
Tengok sekarang...betul tak ??
Maka kita harus jadi rakyat yang matang...
Buat apa berbicara soal ketuanan melayu....
Kalau orang melayu terus jadi hamba di tanah melayu...
Buat apa nak di kenangkan UMNO/BN lagi...Biarkan mereka hilang...
Ibarat tanam padi tumbuh lalang...musnahlah satu impian....
Kah...Kah...Kah...!!

PAS Untuk Semua...!!


DUNGUN 23 Disember, Khamis - Selaku wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di kawasan DUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melakukan ziarah tanpa melihat kecenderungan parti rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya.


Dalam jadual sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2010 di Kampung Tanah Lot baru-baru ini, beliau mengambil kesempatan menziarahi Pengerusi JKKK Tanah Lot, Encik Yusof Ibrahim, 66, yang keuzuran di kediamannya di Jalan Sulaiman, Tanah Lot di sini.

Sebelum ini, dua orang anak perempuan Encik Yusof turut menerima penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang dihadapi oleh mereka.

Mereka ialah adik Nuradilah binti Yusof, pelajar cemerlang STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adiknya Nurul Akmal binti Yusof, pelajar cemerlang PMR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.

Mengiringi ADUN Sura semasa lawatan ini ialah ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.

Sebelum ini, di Kampung Alor Tembesu, dalam jadual ziarah bakal hajinya, ADUN Sura turut menziarahi Pengerusi JKKK Tembesu Akar, Encik Wan Mohamad bin Wan Kadir, 60, di kediamannya di Rumah Murah Kos 3 di sini, sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini.

Nota :

Inilah contoh tauladan dan telah terbukti....
Slogan yang berbunyi PAS Untuk Semua adalah benar....
Bukan omong kosong dan slogan semata-mata....
Tak kira kau siapa...JKKK..?? Anak JKKK...?? Cucu JKKK...??
Bila berkhidmat PAS adalah yang paling profesional....
Maka JKKK hemdaklah rasa malu pada diri sendiri....
Sebab selama ini JKKK lah yang memecah belahkan masyarakat....
JKKK lah yang mencatu itu dan ini...orang itu dan orang ini...
Sebab JKKK adalah singkatan kepada "Jin Kafir Kacau Kampung."...
Kah...Kah...Kah....!!

Berita Baik Untuk Cikgu Dan Cikgi...!!

NEGARA MAMPU MENAIKKAN IMBUHAN PENDIDIK SEPERTI PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran). Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.

Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/Barisan Nasional.

Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru. Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan. Pembaziran UMNO/Barisan Nasional sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan UMNO/Barisan Nasional untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

Hakikatnya, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/Barisan Nasional. Isu kualiti pendidikan telah ditimbulkan sejak sedekad yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon-calon yang berkualiti tinggi. Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan. Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan Rakyat membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, UMNO/Barisan Nasional memberikan reaksi cemas. Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari.

Ini bukanlah caranya kita merancang kebijakan pendidikan negara. Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan Rakyat bersuara.

Pakatan Rakyat percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
23 DISEMBER 2010

Dec 23, 2010

UMNO Adalah Haram Di Sisi Allah...!!


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam. Namun demikian, mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme. Fahaman Pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan. DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan ada sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama Islam. Kerana itu ada sebilangan umat Islam memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan Islam. Mereka sanggup hidup dan mati kerana bangsa Melayu, tetapi tidak menjalankan hukum-hukum Islam seperti yang diperintahkan di dalam al Qur'an. Mereka kononnya membela hak-hak istimewa bangsa Melayu, tetapi hukum asas Islam seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah, jujur, adil dan lain-lain tidak dilaksanakan.

Fahaman ini digelar sebagai fahaman nasionalisme. Ia bersifat asabiyah kepada bangsa dengan menganggap bangsanya sahaja mulia, sedangkan bangsa lain tidak. Sedangkan Islam menganggap semua bangsa adalah sama, dan hanya yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa.

Bangsa Cina dan India lebih mulia dari bangsa Melayu sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Bahkan Islam lebih dahulu sampai ke negeri Cina dan India berbanding Tanah Melayu.

Mencintai bangsa Melayu tidak menyalahi agama, tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya sayang bangsa sehingga menolak agama. Justeru itu, DPPWP meminta agar Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyatakan bahawa bukan fahaman nasionalisme turut terpesong dari ajaran Islam dan menyeru penganut fahaman ini agar kembali kepada Islam kerana Islam adalah lebih perlu untuk diperjuangkan daripada bangsa.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

PM Belanja Mewah...Rakyat Susah Nak Metangkedarah....!!

Rumah rakyat 1 Malaysia...

DEWAN NEGARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara. Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.
Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal

Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.

Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Najib habis banyak masa di luar negara

Marah dengan perkara ini, Syed Husin mengatakan Perdana Menteri yang menghabiskan separuh dari masanya di luar negara sepatutnya menguruskan masalah yang dihadapi negara.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui saiz rombongan yang mengikuti Najib, Syed Husin menjawab, "kita tak tahu perbelanjaannya (secara terperinci), mahu pun saiz (rombongan)."

Beliau memberitahu bahawa perdana menteri turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini. Namun beliau tidak mengulas tentang perjalanan mana yang turut disertai Rosmah.

Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Persidangan itu yang diilhamkan Rosmah mendapat penyertaan perwakilan dari 16 buah negara, termasuk Malaysia.

Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.

Beliau turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong

Nota :

Maka apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini..?
Semua perjlanan ke luar negara di tanggung oleh rakyat...
Sehingga rakyat terpaksa mengikat perut....
Bimbangkan PM kehabisan minyak kapal terbang....
Bimbangkan PM tak ada duit nak tidur semasa di luar negara...
Adakah PM fikirkan rakyatnya yang susah....
Kalau setakat susah masih kira okay...
Tapi ini dah sampai ke tahap susah nak metangkedarah....
Jadi pemimpin apa ke jadah....

BN Rebah....Rakyat Tak Lagi Mintak Sedekah...!!

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya.

Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku

Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Berapa Banyak Mau Lapor....??

Ini kes bunuh...!!Ini Kes Rasuah..!!

AHLI RAKAN COP DIGESA AKTIF SALUR MAKLUMAT SALAH LAKU JENAYAH - UM

Orang ramai yang mendaftar sebagai ahli Rakan Cop di negeri ini digesa supaya terus menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat mengenai sebarang salah laku jenayah di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, penyaluran maklumat oleh orang awam khususnya ahli Rakan Cop amat penting bagi membantu polis memerangi kegiatan jenayah.

Beliau berkata, sehingga kini dianggarkan lebih 38,000 ahli Rakan Cop berdaftar di seluruh negeri ini.

Nota :

Apa cerita dengan kes-kes di bawah ni..?? Dah siasat ke..??

-kes bunuh altantuya – siapa beri arahan untuk letupakan altantuya?
-kes rogol bawah umur rahim tambi chik
-kes najib razak ambil duit komisen beli kapal selam
-kes rosmah mansor bawa lari duit ke dubai
-kes mahathir muhamad tipu undi ku li
-kes mat nor yacob hilang kan 20 bilion duit bank negara
-kes nazri dapat 200 lesen taxi
-duit pkfz hilang 20 bilion
-kes tanah orang penan kena rembat oleh taib mahmud

Macam-macam ada...ada kes bunuh..rogol...rasuah...rampas...!!
Tak kan ini pun nak tunggu laporan rakan cop....
Ini semua dah ada laporan...ambil la tindakan...!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Awas...!! Zionis Tempatan Mengganas Lagi...!!

DBKL BERI KATA DUA - UM

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh sehingga 3 Januari ini untuk peniaga di Jalan Damai di sini berpindah ke lokasi lain.

Jika arahan itu gagal dipatuhi, tindakan menyita serta merobohkan 28 premis di situ yang didapati menukar premis kediaman untuk aktiviti perniagaan akan diambil.

Daripada 28 premis itu, 12 premis dijadikan restoran, empat pejabat, dua kedutaan, dua sekolah dan kolej, dua kedai perabot dan dua rumah kelab dan masing-masing satu dijadikan tapak semaian, tadika, spa dan galeri.

Nota :

DBKL hanya mengikut arahan dari para cukong...
Untuk runtuh kan rumah di kg. berembang...
Tak lama lagi ada 7 buah kampong di banda dalam gombak yang akan
dirembat oleh cukong...
Yang akan jadi barua ialah DBKL...

Kita nanti dan lihat...
Kita tunggu 3 januari nanti...
Betul atau semua ini hanya lanchow saja....
Atau mungkin berita ini akan hilang entah ke mana...
Kah...Kah...Kah...!!

Tiada Yang Istimewanya Melayu Di Sisi Allah....!!


Nota :

Tiada apa yang tinggal lagi untuk melayu....
Yang terkahir tanah keretapi tanah melayu pun di gadai...
Cuma yang ada lagi hanyalah baju melayu dan janji melayu...
Kah...Kah...Kah...!! Kesian betul kat melayu...
Dah lah dunia hidup susah...mati nanti pun melayu tak ada yang istimewa...
Allah tak tanya...kau bangsa apa...??
Allah tak kata...Oooo kau melayu...masuklah ke dalam syurga...
Ooo kau Melayu rupanya...kau adalah penganut islam hadhari...
Cisss...pergi kau masuk ke dalam neraka...!!
Kah...Kah...Kah...!!