Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 12, 2011

Sila Dengar Dan Faham...!!


Nota :

Sila lihat....
Sila dengar....
Sila faham.....
Kah...Kah....Kah....!!

Apa Cerrr.....!!!


Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah-MK

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.

Nota :

LENGGGONGGGGG APA MACAM...ADA BAIK MCA DI SANA...?
Kah...Kah....Kah....!!

Pilihan Raya Sarawak Hujung Mac Depan ?


Disebalik andaian Perdana Menteri, Najib Razak tidak yakin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat, seorang Ahli Parlimen BN di Sarawak yang menemui Najib baru-baru ini yakin bahawa Pilihan Raya negeri Sarawak bakal diadakan penghujung Mac ini.

"Perdana Menteri telah mengarahkan kita (Ahli Parlimen) supaya turun padang sehingga ke peringkat akar umbi dan memberikan lebih perhatian kepada rakyat.

"Maka itu, saya merasakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada penghujung Mac," kata Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Khoon kepada wartawan di Kuching paad 9 Januari lalu.

Yong, merupakan antara Ahli-Ahli Parlimen Sarawak yang menemui Najib pada 8 Januari lalu, di mana pertemuan satu per satu selama lima minit itu memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kerja Raya itu yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata meskipun Najib tidak mengatakan lanjut mengenai pilihan raya, beliau percaya ia akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan reaksi wajah, percakapan dan bagaimana jawapan soalan yang dikemukakan, mungkin pilihan raya semakin dekat," kata Yong.

Mari Kita Bertaruh Lagi...Apa Pulak Selepas Ini...!!


6 SYARIKAT DISIASAT, 1 DISITA SELEWNG MINYAK MASAK – BH

Enam syarikat yang terdiri daripada pemborong dan syarikat pembungkusan semula minyak kini disiasat manakala satu lagi di sita kerana penyelewengan minyak masak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,i Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

"Kita juga sedang buat 'auditing' dengan syarikat pembungkusan semula minyak
dan juga pemborong. Kita sedang siasat dengan mereka ke mana minyak itu pergi, seperti yang kita buat semasa isu gula dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang menyeleweng dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang bersalah.

"Sekali lesen dibatalkan, kita tidak akan sambung balik kerana kita tidak mahu rakyat susah akibat perbuatan mereka ini. Di bawah Akta Kawalan Bekalan peruncit boleh dikenakan denda maksimum RM250,000. Jadi kita akan gunakan yang maksima," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah membatalkan tujuh lesen syarikat pemborong gula yang terbabit dengan aktiviti penyeludupan dan penyorokan gula tahun lalu.

Nota :

Mari kita bertaruh yang mana satu akan mucul:

1 - kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - harga minyak kita lebih murah dari....
3 - kerajaan beri subsidi berjumlah...
4 - lebai karim di kg gibong akan berjimat ....
5 - kerajaan akan terus pantau...
6 - peniaga cari untung berlebihan akan di dakwa....
7 - tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - sebuah lori cuba seludup di tahan....
9 - tuan punya warung berjanji tidak akan...

Kah...Kah...Kah...!!

Nak Di Pantau Apa...??


Tunngu dan nanti wikileaks akan keluarkan dokumen tentang altantuya

WISMA PUTRA PANTAU PENDEDAHAN WIKILEAKS - UM

Kerajaan memantau secara dekat setiap dakwaan yang dibuat oleh WikiLeaks berhubung 'keburukan' negara ini bagi mengelakkan persepsi negatif itu terus berakar dan berlegar-legar di kalangan negara lain.

Anifah Aman berkata, pemantauan itu amat perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kejutan sekali gus mengeruhkan hubungan dua hala antara negara ini dengan negara lain.

Menurut beliau, pemantauan itu bermaksud apabila berurusan dengan negara luar atau semasa melawat negara mereka, pihaknya akan membuat persediaan mencukupi bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Wikileaks itu.

"Kita tidak boleh mengambil pendekatan bahawa pendedahan itu (WikiLeaks) bersifat peribadi atau rahsia tetapi sebaliknya perlu menjelaskan mengenai perkara sebenar. Ini amat penting kerana jika tidak berbuat demikian, maka selama-lamanya mereka akan menganggap kita bersalah," katanya.

Nota:

ada lebih dari seribu helai
dokumen tentang malaysia
dalam wikileaks
pasti ada kes bunuh altantuya

ini lah sebanya ingin dipantau
Kah...Kah...Kah...!!

Jan 11, 2011

Tenang : Normala Lawan Haslinda...??

Pilihan raya kecil dewan kecil undangan negeri Tenang, besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara wanita apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat (semalam) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat PAS.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan buat pertama kali di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas bangunan berkenaan mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Walaupun belum ada mana-mana parti politik yang mengumumkan calon masing-masing, namun ada tanda-tanda kedua-dua BN dan PAS akan mengemukakan calon wanita pada hari penamaan calon 22 Jan ini.

Antara nama yang disebut-sebut akan diturunkan oleh PAS ialah bekas guru yang meletakkan jawatan secara 24 jam, bulan lalu.

Parti itu dikatakan akan mengumumkan calonnya pada satu majlis di Tenang Ahad ini.

Sumber parti itu berkata seorang bekas guru berusia 38 tahun, Normala Sudirman ( Gambar Atas ) yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, adalah seorang daripada dua nama yang disenaraipendek itu.

Sementara itu, terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.

Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.

Berasal dari Chaah, Haslinda, seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.

Terengganu Runtuh Lagi....!!


KUALA TERENGGANU - Sebuah laman blog mendedahkan kejadian runtuh terbaru yang menjadikan negeri Terengganu dibawah pemerintahan Umno.BN mencatatkan rekod terkini sebagai 'binaan paling cepat runtuh' dinegeri Terengganu.

Sederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari lalu, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan (Gambar dari warkahdaily.blogspot.com).

Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu.

Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.
Keseluruhan bumbung 'grand-stand' stadium tersebut runtuh sebaik ia menjangkau tempoh setahun disiapkan.

Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.

Belum Cuba Belum Tahu....!!


Untuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

Kenapa UMNO Gelabah Sangat...??


Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang. Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga.

Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

PAS ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja. Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kenapa..?? Tak Percaya Ke...??


"Najib Bidas Pelan 100 Hari Pakatan Pembangkang"

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.

Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.

Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

Nota :

Kenapa PR tidak mampu untuk melakukannya??? Sila beri laluan kepada PR memerintah negara kalau mahu tahu PR mampu memerintah ataupun tidak.

Sumber kewangan ada kalau tidak buang 65 juta untuk baiki kediaman perdana menteri yang tidak rosak!

Sumber kewangan ada kalau tidak diberikan 111 juta kepada Rosmah untuk 'permata pintar'yang belum tentu pintarnya itu!!

Sumber kewangan ada kalau 5 bilion tidak digunakan untuk membina bangunan 100 tingkat!!

Sumber kewangan ada kalau tidak membiarkan Rosmah pergi 'makan angin'ke luar negara atas nama 'wanita pertama???','menteri pelajaran??','menteri pembangunan wanita???'.

Sumber kewangan ada kalau tidak berlakunya rasuah berleluasa!!!

Sumber kewangan ada kalau ianya tidak diagih-agihkan di kalangan kroni sahaja!!!

Sumber kewangan ada kalau tidak berlaku ketirisan di mana-mana!!!

Negara ini akan bangkrap sebenarnya jikalau UMNO masih memerintah!!

Negara akan tergadai sebenarnya jikalau dibiarkan UMNO terus memerintah!!

Siapa yang beri pulau batu putih kepada Singapura kalau bukan UMNO/BN??

Siapa yang beri tanah KTM di Singapura kalau bukan UMNO/BN??

Siapa yang serahkan blok-blok minyak yang berharga 320 bilion di perairan Sarawak kepada Brunai kalau bukan UMNO/BN???

Siapa yang jualkan tanah orang melayu di Johor kepada rakyat Singapura kalau bukan UMNO/BN??"