Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 9, 2011

Hari Ke Lima Belas Di Dataran Tahrir, Mesir.....!!


TUNTUTAN BARU

pagi ini sms/blog/fb memanggil turun
beribu ribu anak muda turun

kelas penjenayah dan lanun mesir
sedang dalam kelam kabut
tetapi mubarak masih berdegil

1 – mubarak letak jawatan
2 – adakan piliharara yang adil
3 – hapuskan undang-undang darurat

ini adalah 3 tuntuan awal

hari ini telah muncul satu lagi:

1 – tangkap dan bicarkan mubarak

dengan tuntuan baru ini kelihatan jelas bahawa
rakyat mesir telah merasakan bahawa nyawa kuasa
mubarak telah sampai ke saat akhir !

40 warga kenamaan mesir telah menulis surat
kepada hakim negara mesur meminta sisatan dijalankan
tentang harta mubarak dan harta first lady dan
harta gamal mubarak yang dikatakan lebih dari 70 bilion dolar

harta harta ini tersimpan diluar negara

Nota:

ini bukan 70 bilion rupiah indon
in 70 bilion dolar amerika
ini 210 bilion ringgit malaysia

You Tolong Gua...Gua Tolong You....!!!


PELANTIKAN ISA SAMAD BURUK UNTUK PASARAN -MK

BEKAS Exco Selangor, Mohd Shariff Jajang ditemani keluarga hadir di Mahkamah Sesyen Klang Pelantikan Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera

Nota:

Mesti la ada tolomg menolong....
Mesti dah "counting' Punya.....
You tolong I...I Tolong You.....
Kah....Kah....Kah

Lagi Cerita Pasal FLOM...!!!


“CALON PRK MERLIMAU – KETUA WANITA KEADILAN CABAR NAJIB”

Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir.

Maka adalah sesuai kiranya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Cabaran ini juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Saya melihat pemilihan Rosmah ini amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia dari terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut dibawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.
Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

Kenyataan Rasmi....!!

PERUBAHAN DASAR YANG RADIKAL DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG ISI RUMAH DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH BELANJA RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini. Keadaan ini merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia. Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menarikkan taraf hidup keluarga.

Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar:

1. Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan

2. Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.

Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.

Malah, harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat. Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.

Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Kereta yang paling kecil pun (di bawah 1,500 cc) akan dikenakan sekurang-kurangngan 70% cukai jika dipasang di Malaysia (60% cukai eksais dan 10% cukai jualan) dan 100% cukai jika diimport (30% cukai import, 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan). Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

Hakikatnya, kerajaan Umno/BN mengenakan cukai yang terlalu tinggi bagi pembelian kereta bermula dengan cukai minima 70% sehinggalah 145% cukai (kereta di atas 2,500 cc). Oleh itu, anggaran kasar meletakkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah hutang RM118 billion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat adalah untuk membayar cukai tinggi yang dikenakan kerajaan. Ini satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais – bukti bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.

Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebaban kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah, mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi. Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.

Reaksi Umno/BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang. Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa.

Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.

PKR akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno/BN yang memangsakan rakyat selama ini. Maklumbalas dan kehendak rakyat akan digarabkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.

Buat masa sekarang, Umno/BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.

SAUDARA AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
8 FEBRUARI 2011

Feb 8, 2011

Rakyat Mesir Pilih Untuk Teruskan Protes.....!!


Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam.

Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari.

Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah mulai kembali normal selepas dua minggu berlangsung kekacauan.

Al-Jazeera melaporkan, lalu lintas di jalan-jalan utama semakin meningkat, manakala peniaga mula membuka kembali premis mereka.

Namun kereta-kereta kebal terus mundar mandir, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, kedutaan dan agensi penting lain di bandaraya tersebut.

Perintah berkurung yang diabaikan oleh sebahagian besar rakyat Mesir telah disingkatkan dari jam 8 malam hingga 6 pagi.

Dalam pada itu, Hosni Mubarak dilaporkan mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya, sejak rusuhan bermula pada tarikh 25 Januari.

Kerajaan cuba mempertontonkan bahawa kestabilan dan keamanan telah kembali ke bumi Mesir, sedang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masih tidak yakin.

"Perkataan ''Kestabilan' adalah kata-kata yang digunakan rejim sepanjang waktu - tapi ... apa makna kestabilan tanpa kebebasan?" kata Dr Sally Moore, seorang wakil dari Kempen Popular Menyokong ElBaradei, salah satu daripada enam kumpulan yang menubuhkan pakatan "Pemuda Revolusi Mesir"

"Kami (akan) berada (di sini) untuk jangka masa yang panjang. Rejim ini cuba untuk mempermainkan (melaga-lagakan) kami dengan mereka (yang berdemo) di Dataran Tahrir, tapi kami selalu mengingatkan mereka (rejim), mereka (di Dataran Tahrir) adalah orang-orang kami, keluarga kami....,,,, Kami bercakap soal kebebasan ... tentang hak hilang selama 30 tahun, ... tentang penyeksaan ... dan saya fikir rakyat inginkan perubahan radikal, bukan hanya reformasi kecil. "

Suasana Dataran tegang

Sementara itu, dilaporkan dari Dataran Tahrir, hubungan antara para penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah berubah menjadi kembali tegang.

Pada malam Ahad, pasukan keselamatan yang ditempatkan berhampiran Muzium Mesir telah melepaskan beberapa das tembakan.

Ketegangan juga meningkat ketika tentera berusaha cuba memasang pagar kawat berduri dan dibantah oleh para pengunjuk perasaan.

Beberapa orang telah ditahan kerana tidak mahu bergerak apabila tentera memasang kawat tersebut.

Mesir telah megalami pergolakan sejak 25 Januari lalu apabila para pengunjuk rasa turun ke jalan raya mendesak pengunduran Hosni Mubarak.

Perbincangan diantara Omar Suleiman, yang baru dilantik sebagai wakil presiden, dengan enam kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam usaha untuk menamatkan krisis telah menemui kegagalan.

Jangan Lupa Jumaat Ini - HIMPIT 2011.....!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Bola Pekan Batu Enam.

Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO.

DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman.

Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.

Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.

Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi.

Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas pemain gitar kumpulan Visa, Ustaz Zul.

Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.

Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas.

Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club (ARC).

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT
..

PAS Wakili PR Di DUN Merlimau....!!


KUALA TERENGGANU - PAS akan menentukan calonnya pada 13 Februari ini, bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau , Melaka, 6 Mac depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP petang semalam, Isnin, 7 Februari.

Ketika mengumumkan keputusan sebulat suara Pakatan Rakyat itu, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menafikan khabar angin bahawa Pakatan akan meletakkan sebarang calon sebagaimana dihebohkan sesetengah media.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” kata Anwar.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang hadir bersama dalam sidang media itu meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS, dikerahkan untuk berkempen.

Sehubungan itu, jentera PAS negeri Terengganu sudah bersedia dan akan bergerak pada bila-bila masa sekiranya diarahkan oleh pihak PAS Pusat.

BN memang Suka Menipu..!!


Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu-MK

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.

Lagi Isu Debat Tok Guru Nik Aziz....!!


Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa-MK

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.

"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.- Bernama