Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 5, 2011

Rakyat Kerdau Pasif : UMNO/BN Kelam Kabut...!!


TEMERLOH - Tindakbalas pasif rakyat Kerdau terhadap semua 'umpan' yang diberikan Umno-BN dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau disini menjadikan jentera Umno-BN kelam kabut.

Di Jengka 23, Jumaat 4 Mac, Pengurus Besar Wilayah Jengka terpaksa 'masuk campur' dalam politik apabila janji Timbalan Menteri di Jabatan Petrdana Menteri Ahmad Maslan tidak boleh ditepati.

Ahmad Maslan sehari sebelumnya membuat kenyataan lebih 260 peneroka yang mengusahakan ladang bersama Felda akan menerima bayaran CESS secara tunai, Isnin 7 Mac.

Pengurus Wilayah itu, Encik Sa'ari Din terpaksa turun padang dan meminta maaf kepada peneroka ketika berucap sebelum solat Jumaat di masjid Jengka 23 kerana tindakan Ahmad Maslan yang mengumumkan bayaran tunai tidak dapat dijelaskan segera.

Para peneroka merasakan mereka sekali lagi tertipu setelah Perdana Menteri mengumumkan bayaran CESS akan diberikan kepada peneroka seolah-olah 'dengan serta merta' namun ianya adalah hanya satu lagi 'janji-janji Umno-BN' menjelang pilihanraya.

Di Kampung Paya Sendayan, projek 'mee segera' pembesaran jalan menghala ke perkampungan orang asal itu turut 'dijueh' oleh penduduk tempatan.

Sumber Buletinonline memberitahu, anak lelaki Tok Batin kampung itu bersetuju dengan pendapat bahawa jalan tersebut tidak akan siap menjelang hari mengundi pada 6 Mac.

Pembinaan jalan sepanjang 8.5 kilometer itu hanyalah satu lagi kempen Umno-Bn yang cuba memancing undi rakyat.

Dilaporkan sebahagian penduduk kampung Paya Sendayan sudah bosan kerana tidak boleh ke mana-mana sejak hari penamaan calon dan terpaksa hadir dan mendengar program serta ceramah Umno-BN sahaja.

"Beberapa orang asal telah pun meninggalkan kampung tersebut kerana bosan,"kata sumber.

Di Kampung Kerai, seorang penduduk terkejut kerana apabila keluar, beliau mendapati sebuah kotak diletakkan di hadapan rumahnya.

Kotak 'Shahrizat Jalil' dalam program Akhiri Zaman Miskin (AZAM) telah dihantar secara senyap-senyap oleh orang yang tidak diketahui dalam keadaan telah 'dibuka oleh seseorang'..

Seorang warga emas penduduk tempatan Kampung Kerai berkata, bagaimana mungkin hadiah sekotak barang makanan yang diberikan kepada orang kampung dapat mengakhiri kemiskinan.

Mansor Sidik, 50, dilaporkan berkata, bagaimana sebuah kotak yang berisi makanan boleh menjadikan seseorang itu kaya, atau pun terlepas dari kemiskinan.

Niat Busuk Nak Tipu Melayu...!!


Patutlah tak nak tulis bangsa..kerana kalau tulis bangsa orang akan hairan macam mana muka legam macam ini jadi melayu...kah...kah...kah...


IDENTITI BANGSA:NGO MELAYU TOLAK SYOR CHANDRA MUZAFFAR- MI

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan cadangan supaya penggunaan bangsa dalam borang tertentu digugurkan kerana didakwa menjadi penghalang kejayaan konsep satu Malaysia, sebagai mengarut dan tidak munasabah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali berkata ia merupakan satu lagi dakyah halus yang didalangi pihak tertentu bagi menghilangkan identiti sesuatu kaum, sekaligus mencabar hak kaum tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Nota:

ini semua jenis eee
nak menipu melayu

melayu pulak bodoh
tengok lah muka dan kulit
kalau legam orang india

lupa kata kata keramat khairal anwar:

kami berkulit bersawo matang

sawo matang kulit melayu
bukan legam
yang legam tu dari india
kah kah kah

Cara Nak Takutkan Orang Melayu....!!


DEMONSTRASI HARAM CEMAR IMEJ SARAWAK – BH

POLIS BERI AMARAN PENGANJUR TANPA PERMIT

KUCHING: Polis memberi amaran kepada kumpulan tertentu yang ingin menganjurkan perhimpunan tanpa permit supaya membatalkan hasrat itu kerana ia hanya akan mencemarkan imej baik Sarawak selama ini.

Perhimpunan yang dilaporkan akan diadakan pada hari ini atau dalam tempoh terdekat dikatakan didalangi kumpulan tertentu yang menggunakan internet bagi mengajak orang ramai berhimpun di beberapa lokasi strategik di sekitar bandar raya ini.

Berikutan itu, orang ramai yang diajak atau bertembung dengan kumpulan tertentu hari ini diminta mengesahkan sama ada perhimpunan terbabit mempunyai permit atau tidak, selain mengelak menyertai perhimpunan yang mencurigakan.

nota:

keadaan amat baik
apa yang terjadi
ditimur tengah sedang merebak

kalau pilihanraya kali ini ada undi pos
ertinya ada penipuan

kalau pilihanraya kali ini ada bangla mengundi
ertiny ada penipuan

kita beri amaran pada mat mongol dan malikul sembab
rakyat akan keluar ke jalan raya!!!

sedarlah
tak kan nak kena tipu
sepanjang hidup
sudah 53 tahun kena tipu
tak sedar sedar lagi?

rakyat mesir 30 tahun sahaja
sudah mula rimas dan bangun melawan
tak perlu tunggu lama lama!

Kalau Tak Sama...Maknanya Samalah Tu....!!

Ini demo Kat Malaysia... Ini Pulak Demo Kat Mesir....semuanya hampir sama saja di malaysia dan di mesir...!!!

PROVOKASI : KERAJAAN BERI AMARAN - mStar

TEMERLOH: Kerajaan memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak melakukan provokasi dengan membandingkan sistem pentadbiran Malaysia dengan beberapa negara di Timur Tengah yang berhadapan dengan konflik politik.

Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu boleh menimbulkan ketegangan dan suasana huru-hara di kalangan rakyat.

"Ini provokasi pembangkang yang bagi saya tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja nak buat huru-hara apabila membuat perbandingan situasi di Malaysia yang semua orang tahu merupakan negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat.
"Bagi saya mereka tak ada tujuan lain kecuali untuk menimbulkan keadaan porak peranda. Mereka lebih seronok kalau negara ini hancur dan ada krisis.

"Bagi saya ini sikap yang amat tak bertanggungjawab, jadi kita nak bagi amaran supaya jangan bermain dengan api yang bahaya," katanya.

Nota:

di mesir ada rasuah
di malaysia ada rasuah
di mesir ada tangkap tampa bicara
di malaysia ada tangkap tanpa bicara
di mesir pilihanraya ada undi pos
di malaysia pilihanraya ada undi pos
di mesir beli kapal selam
di malaysia ada beli kapal selam
di mesir bini president ambil 10% untuk semua kontrek
di malaysia laki pm ambil 10% untuk smeua kontrek
di mesir ada first lady
di malaysia ada fat lady

Takkan tak sama lagi...?
Kah...Kah...Kah...

Mar 4, 2011

Senyum Petang Jumaat....!!

Mayat Terbujur...Pemuda UMNO Terus Berkaraoke...!!


TEMERLOH - Ketagihan melampau Pemuda dan pemudi Umno di Kampung Lipat Kajang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini ber'karaoke', tidak peduli langsung tentang kedamaian dan keharmonian hdup masyarakat kampung.

Bahkan kegiatan tersebut pada setiap malam sejak dua tahun yang lalu sudah 'umpama sebuah kelab malam' apabila ia turut disertai oleh pemuda dan pemudi dari luatr kampung tersebut.

Ketua HALWA kampung berkenaan, Sapiah bt Awang Mohamed meluahkan rasa kesalnya kerana Ketua Kampung, Imam dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung terbabit, tidak langsung menegur tabiat 'buruk' para pemuda dan pemuda Umno itu.

Tambah sedih, menurut beliau, walaupun terdapat 'kematian' dalam sebuah rumah dalam jarak 100 meter dari 'kelab karaoke' pemuda Umno tdak berhenti.

Hati-Hati Dengan Berita Orang Fasik...!!


A defence witness in the sodomy trial of jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim told the High Court today that he had sex with star prosecution witness Ummi Hafilda Ali.

"I had sex with Ummi in London," said Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda to the murmurs of those seated in the public gallery.

The 40-year-old Iban told judge Arifin Jaka that he had known Ummi since 1992 but their relationship only became close when they were in London in June 1998, together with businessman and former MP S'ng Chee Hua (who was Norazman's boss then) and another friend.

"When we returned to Malaysia, Ummi told me that she would give my ex-wife RM200,000 so that we (Ummi and I) could get married and elope to London," Norazman said, adding that he was then married with two children.

"Ummi also told me that I would have a 25 percent share in a RM10 million advertising project," he added.

Ummi, who made court appearances during Anwar's corruption trial last year in designer attire and matching accessories, had told the press that she "is still a virgin".

She, together with former driver of Anwar's wife, Azizan Abu Bakar, wrote letters to Prime Minister Mahathir Mohamad alleging Anwar had committed sexual misconduct.

They later retracted their allegations and said they wrote the letters under coercion and on "mere suspicion".

"In the beginning, Ummi told me that the sodomy allegations against Anwar were true. But later, after our relationship became closer, she confessed that they were all fabricated," Norazman said.

He also told the court this morning that Ummi told him she "forced" Azizan to confess that he was sodomised by Anwar.

"Ummi told me that she did it because she hated Anwar and her brother Azmin Ali as they both did not give her any business projects.

"She also said that when Anwar was toppled from power, she will get an advertising project at Kuala Lumpur International Airport worth RM10 million from Tun Daim Zainuddin (business tycoon turned finance minister)," Norazman said.

He, however, added that he did not ask Ummi how she forced Azizan to make the confession.

Norazman, who is now a farmer, also told the court that while they were in London, Ummi had told him that Mahathir was the man behind the "50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri" ("50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister") book.

"She also told me that Daim, (former Malacca chief minister) Rahim Tamby Chik and (Umno executive secretary) Tengku Adnan Mansor were involved in the fabrication of the sodomy charges in the book," he said, in response to a question from defence counsel Gurbachan Singh.

According to Norazman, Ummi also told him that Khaled Jeffri was the writer of the book while (former finance minister) Tengku Razaleigh Hamzah, Daim and Tengku Adnan were the sponsors.

He added that Ummi called him one night in August 1998, and said that her father had disowned her because she had given false information for the contents of the book.

"Ummi called one night and said that she could not sleep and wanted to meet me as her father had chased her out of the house," he said.

Ummi's brother Azmin Ali, who was also Anwar's former private secretary and now state assemblyman for Hulu Klang, had testified earlier that Ummi is not the person she portrays herself to be and was disowned by her father in late 1998 "for running away with a married man overseas." ("[#1]Ummi eloped with a married man, says Azmin[/#]", April 7.)

Norazman also told the court that Ummi told him that she had written a letter to Mahathir but the contents (of the letter) were later amended by Aziz Shamsuddin, who was then the political secretary to the Prime Minister.

Meanwhile, the prosecution refused to cross-examine the witness, saying that his evidence was merely hearsay.

Lead prosecutor Abdul Gani Patail told the judge: "Unless and if Ummi is called to testify, this evidence is all useless."

The court will resume on Friday as Anwar's lawyers said that the rest of their witnesses, including Daim, deputy education minister Aziz, former consumer affairs minister Megat Junid Megat Ayob and his wife Ziela Jalil would only be called in if Mahathir was allowed to testify in the trial.

Arifin yesterday said that he would announce his decision on the application for Mahathir's testimony in court on Friday. The defence and prosecution had argued over the relevance of the prime minister's evidence for more than three weeks.

Anwar, currently serving a six-year jail term for corruption, is on trial for sodomy and sexual misconduct.

He and his adopted brother Sukma Dermawan are charged with sodomising Azizan at Sukma's apartment on "one night at 7.45pm, between January and March, 1993".

Anwar has repeatedly denied all charges and said they were fabricated by political rivals to end his political career

Rasuah: Adun BN Lenggeng Di Dapati Bersalah,..Mungkin PRK lagi ?

SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha

Mar 2, 2011

DUN Sarawak Bubar 19 Mac, 9 April Undi..??


KUALA LUMPUR, 2 Mac Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.
Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”

“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”

“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

“Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

“Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan,” katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

“Sudah… sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Buku Jingga Agenda Bersama Bukan Peribadi


PAS menafikan partinya menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk pilihanraya Kecil Kerdau pada 26 Feb 2010.Tuduhan Datuk Zahid, sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti, supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja.Tuduhan Naib Presiden Umno membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul. Orang yang tidak pakai pakar ekonomi ialah pemimpin Umno. Kes kritikan Tengku Datuk Zafrul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda, nampaknya terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin pertengahan UMNO.Mereka menuduh Tengku Zafrul sebagai telah mempertikai dan memperkecil-kecilkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik Isa, sehingga dicadangkan beliau dipecat daripada jawatan.

Tuduhan negara akan bankrap jika PR melaksanakan janji 100 hari adalah penyakit yang sama dengan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab selama ini. Mereka akan memastikan perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju. Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka. PAS ingin mengingatkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebelum buat tuduhan selidik dahulu. Jangan buat telahan sebarangan, sesuai dengan ijazah Doktor Fasafah yang dimiliki. Jangan malukan nilai akademik yang dimiliki oleh beliau.

Ustaz Haji Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat