Menurutnya, mereka berbuat demikian apabila ‘kegiatan haram’ mereka itu didedahkan oleh PAS baru-baru ini.
“Setelah Dato’ Mahfuz (Naib Presiden PAS) dedahkan dalam parlimen luar parlimen (tentang Task Force) sampai sekarang mereka (Umno/BN) tidak nafi, pasal apa mereka tak nafi, kalau benda (perkara) ini tak betul (sepatutnya) lama dah mereka ambil tindakan terhadap (Mahfuz),
“ini cukup bahaya dan lebih bahaya lagi, kita dapat maklumat bila (rahsia) ‘Task Force’ pecah daam Negara, orang (sudah) tahu belaka, mereka (Task Force) ini keluar Negara dia pergi ke Myanmar, ke Indonesia beri kad pengenalan di luar Negara,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Perdana Program Himpunan Generasi Bermaruah anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat di Ma’ahad Tahfi Wal Tarbiah Tok Jiring dekt sini pada sabtu malam, 21 April.
Sehubungan itu, menurut Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, apabila sampai waktu pilihanraya mereka yang diberikan kad pengenalan di luar Negara itu akan datang untuk membuang mengundi seolah-olah mereka adalah rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara.
Justeru, beliau berkata perbuatan ‘menjual negara’ itu tidak boleh dibiarkan, mesti dilawan dan mesti dibantah oleh seluruh rakyat.
Beliau selaku pemimpin tertinggi PA Terengganu mengarahkan sekurang-kurangnya seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir Himpunan BERSIH 3.0, Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 28 April depan.
“Kita kena bantah, kita kena lawan kita kena himpun, saya atas nama Pesuruhjaya dan beritahu pimpinan untuk negeri Terengganu paling kurang 50,000 (orang) kena pergi (ke Dataran Merdeka) pada hari itu,
“dari Kemaman hingga ke Besut, pagi tadi saya dah peringat di Besut, kita nak Terengganu 50,000 paling kurang,”tegasnya.
turut berucap dalam Majlis tersebut ialah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Mantan Pengarah Pelajaran negeri Perak, Dato’ Haji Adnan Ibrahim.
Apr 23, 2012
PAS Terengganu Kerah 50,000 Ahlinya Ke Dataran Merdeka....!!
KUALA NERUS – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu mendedahkan, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendedahkan, ‘Task Force’ yang ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing kini beroperasi di luar Negara.
Hok Sesat Ni..Lah Hok Tulong Mung Semayang Mayat Kekgi....!!!
Dialek Terengganu di atas bermakna ‘Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah’. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara ‘halal’ mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonlinemenjawab tuduhan Ahmad Said al-kijali as-sesati yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini.
Namun apabila ia diwacanakan secara ‘halal’, menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa.
Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?
Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Lihat Perlembagaan PAS:
Fasal 3 Dasar PAS adalah ISLAM
Fasal 4 Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR
Fasal 7.1 Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata
Fasal 5 Tujuan (Matlamat) Perjuangan PAS
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6 Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut
Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.
"
Apr 19, 2012
Anak Muda Terus Bangun Melawan.....!!

DEMONSTRASI CEMAR IMEJ MAHASISWA - UM
KUALA LUMPUR 17 April - Tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencemarkan imej penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) keseluruhannya.
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd. Hafiz Ariffin berkata, sebagai pelajar IPT, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
"Bergelar penuntut IPT merupakan perkara yang paling membanggakan dan mereka seharusnya menggunakan peluang itu untuk menimba ilmu dengan sebaik-baiknya.
"Demonstrasi bukanlah jalan terbaik menyuarakan pendapat, sebaliknya, sebarang rasa tidak puas hati perlu disuarakan menerusi rundingan," katanya.
--------------------------------------------------------
woit...CEMAR MACAM MANA?...kah kah kah..
kah kah kah..SAMA CEMAR MACAM AFDAL ENTOT BAYAR SATU JUTA...kah kah kah...
woit... CEMAR MACAM MAT MONGOL TAKUT BINI?.... kah kah kah..
kah kah kah...AIMAN TAK KISAH.....ADAKAH IA SAMA CEMAR MACAM MAT MONGOL BUNUH ALTANTUYA?.... kah kah kah
Macam-Macam Cara Nak Menipu.....!!

SPR tak boleh dipercayai, Pakatan buka pondok panas masa PRU-Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 19 April: Pakatan Rakyat tetap bertegas untuk mendirikan pondok panas dan melakukan semakan daftar pemilih pada hari mengundi walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)m mengeluarkan arahan melarang berbuat demikian.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerja-kerja semakan daftar pemilih pada hari pengundian tidak boleh diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada SPR bagi mengelakkan suruhanjaya itu melakukan penipuan.
“Sekarang ini wakil parti tidak boleh lihat ketika semakan (daftar pemilih) dibuat oleh SPR. Ia diserahkan bulat-bulat kepada SPR. Tahun 2004 dan 2008 tak menjadi masalah, malah jawatan kuasa (PSC) tidak menyatakan cadangan ini. SPR mengambil alih, diluluskan di kabinet dan sekarang ini di Parlimen.
“Apa salahnya kalau ada dua orang wakil parti hadir untuk meyemak samada ada unsur penipuan atau tidak. Kalau tidak ada penipuan mengapa nak dibimbangkan? Saya menggesa supaya perkara ini diperbetulkan kerana kalau tidak ia hanya mengesahkan adanya cubaan untuk menipu dalam pilihanraya,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.
Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR. Selain melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.
Menurut beliau, isu utama yang dibangkitkan dalam sistem pilihan raya adalah masalah daftar pemilih yang meragukan dan bukan isu remeh seperti itu.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mempertikaikan mengapa parti politik terutamanya Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menyemak senarai daftar pemilih seperti yang dilakukan pada pilihanraya sebelum ini.
“Adakah tujuan mereka untuk menafikan hak kita memastikan status pengundi itu? Tuan Pengerusi (Dewan Rakyat) bolehkah hak kita untuk menyemak dengan jarak 100 meter itu dinafikan? Kalau undang-undang ini diluluskan, ia membuktikan memang ada cubaan menipu secara terang-terangan dalam pilihanraya akan datang,” hujahnya.
UMNO Di Ibarat Seperti Ketam Mengajar Anaknya Supaya Berjalan Betul...!!

‘Kami pulangkan duit PTPTN, bila Menteri pulangkan duit rakyat’-Keadilan Daily
KUALA LUMPUR 19 April: Kerajaan sepatutnya mendesak mana-mana Menteri yang menjadi punca ketirisan ratusan juta ringgit untuk memulangkan wang itu kepada rakyat semula, sebelum menasihatkan mahasiswa memulangkan pinjaman pendidikan.
“Boleh pulangkan. Tapi kerajaan mesti tuntut juga hutang dan pulangkan semula wang yang tiris dalam perbelanjaan kepada rakyat,” kata Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini.
Beliau mencabar kerajaan untuk mengembalikan semula perbelanjaan wang negara dalam projek lembu fidlot nasional (NFC), komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lupus kira hutan bekas Pengerusi Mas, Tan Sri Tajuddin Ramli.
“Kuliah percuma oleh beberapa pensyarah yang hadir minggu ini membuktikan bahawa pendidikan percuma di Malaysia boleh dilakukan,” tegasnya.
Antara yang hadir ke perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka minggu ini dan mengadakan kuliah percuma termasuklah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan kartunis Zunar.
Sehingga kini, perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma telah masuk hari keenam.
“Respon orang ramai, NGO dan pertubuhan mahasiswa semakin kuat. Kami akan tetap bertahan,” tegas Syahid.
Malaysia Yang Jakun....!!!

'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran-MK
Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi.
Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.
Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.Heng berkata, siswa berkenaan bagaimanapun tetap bertenang dalam situasi tersebut.
Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit.
Mereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.
Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekata kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka.
Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi.
Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan.
Pelajar berkenaan akan membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini.
Antara Dua Darjat : Kisah Sedih Si Ibu Tunggal & YB UMNO/BN....!!

SETIU - Dalam suasana negeri Terengganu didakwa semakin maju, dengan belanjawan RM2 bilion setahun berturut-turut sejak 7 tahun lalu, di sebuah kampung pinggiran Bandaraya Kuala Terengganu tinggal seorang ibu tunggal, Siti Jahara Awang, yang berumur 54 tahun.
Beliau yang menetap di Kampung Tepi Kubur Lingai, Batu Rakit sebaliknya menghadapi kehidupan yang semakin sukar dan sempit, sejak kematian suaminya lapan tahun yang lalu.
Beliau yang hanya bekerja mengambil upah menoreh getah tidak mampu membaiki rumah lama tinggalan arwah suaminya.
Pada waktu malam, angin dingin dari bukit menyelinap masuk melalui dinding dapurnya yang semakin mereput.
Tatkala musim tengkujuh diantara bulan Oktober hingga Januari setiap tahun, rahmat hujan yang turun mencurah-curah menjadikan sebahagian rumahnya lembab dan basah.Atap rumah lama itu, yang bocor tidak mampu di tukar, kerana upahnya menoreh getah hanya dapat menampung makan minum dan pakai, menyara hidup tiga orang anak yang masih bersekolah.
Hidup Siti Jahara, lebih ‘getir’ dan mencabar apabila musim hujan, beliau tidak dapat turun menoreh getah, berbulan lamanya.Hidup ibu tunggal tiga beranak sekeluarga itu, hanya menumpang ehsan jiran dan taulan yang masih ada perasaan.
“Sejak kematian suami pada tahun 2004, hidup kami anak-beranak semakin susah dan saya terpaksa bekerja ambil upah menorah getah.
“Pendapatan tidaklah seberapa sangat hingga nak baiki atap bocor dan dinding berlubang pun tidak mampu. Cukup sekadar makan anak-beranak sahaja,” ujar ketika ditemui di rumahnya.
Tidak sampai sampai sepuluh kilometer dari Kampung Lingai, menelusuri jalan baru dari Padang Nenas ke Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, tersergam sebuah ‘mahligai indah’.
Berbeza dengan rumah ibu tunggal Siti Jahara, rumah batu ‘konkrit’ beratap genting, dengan hiasan kayu dan perabot mewah, baru setahun dua ini disiapkan.Secara perbandingannya, nilai garaj ‘mahligai indah’ itu sudah pun lebih tinggi melambung, berbanding rumah si ibu Tunggal.
Kalau Siti Jahara sedih dengan kematian suami pada tahun 2004, pemilik ‘mahligai’ itu bergembira pada tahun tersebut kerana beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat Batu Rakit sejak tahun 2004.
Di Mahligai itulah menetap Khazan Che Mat, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikenali sebagai ‘Ustaz’ menjadi calon bagi parti Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.Apalah yang dapat Siti Jahara lakukan, setelah hilang tempat bergantung selain merayu bantuan daripada pihak lain, khususnya kepada kerajaan Umno/BN yang berkuasa.
Namun, bagi Khazan, semuanya dapat diperolehi sejak menjadi wakil rakyat kepada kerajaan yang berkuasa Umno/BN.
Siti Jahara pernah memohon bantuan dari kerajaan namun katanya, sebarang bantuan tidak pernah diterima dengan alasan kerana tidak aktif dalam Umno/BN di kampung.
“Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu.
“Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” jelasnya.
Berapalah sangat nilai bantuan untuk membaiki rumah yang dipohon oleh Siti Jahara, berbanding nilaian harta yang dipohon oleh Khazan Che Mat.
Mungkin sekitar RM10,000 sudah memadai, untuk membaiki didinding yang reput dan atap yang bocor bagi Siti Jahara, berlindung dari sejuk malam dan basah dek hujan.
Sebaliknya, berapakah pula nilaian tanah di Mengabang Bakong yang diperolehi oleh Khazan Che Mat, yang dengan mudah diluluskan oleh kerajaan Umno/BN.
Tanah cantik ditepi sungai berhadapan dengan laut China Selatan tidak kurang harganya RM50,000 bagi satu lot.
Khazan bukan mendapat dua atau tiga lot tetapi keluasan satu hektar tanah kerajaan yang diperolehinya boleh dipecahkan kepada 15 lot, yang menjadikan nilai keseluruhan tidak kurang RM750,000.00
Menurut Siti Jahara yang terus miskin sejak tahun 2004, dan Khazan yang sudah menjadi kaya raya sejak menjadi wakil rakyat sejak tahun 2004, Khazan tidak pernah datang bertanya khabar atau mengambil cakna tentang masalah rakyat, apatah lagi melihat kedaifan hidup Siti Jahara sekeluarga.
Bukankah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Khazan Che Mat sepatutnya tidak membiarkan keluarga Siti Jahara susah dan ‘melarat’?
Tetapi kerajaan parti Umno/BN yang didokong Khazan Che Mat menjadikan bekas ‘Ustaz’ Yayasan Islam Terengganu itu menjadi buta? Buta mata dan hati……
Sekarang saat hampir pilihanraya umum sekali lagi dan mungkin seorang pegawai kerajaan akan mewakili Umno/BN sebagi calon pula!
Naib Presiden UMNO Kantoi.....!!!

SOALAN?
kenapa melaon sabah ini bayar duit pada minah ini?
apa khidmat minah ini ?
adakah minah ini bekerja sebagai penyedap?
kantoi mantoi
kah kah kah
Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa-Keadilandaily
KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.
“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.
“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.
“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.
“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.
“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.
“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara
Subscribe to:
Posts (Atom)
PEMIMPIN KITE....
Sembang Corner
Arkib Berita
- ► 2011 (1632)


