Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 22, 2011

Kalau Tak Jahat..Bukan UMNO Namanya...!!


Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor' -MK

Pemimpin kanan PAS dan DAP hari ini tampil memberi sokongan penuh kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menolak video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.

Katanya terlalu banyak faktor untuk diambil kira yang akhirnya mempersoalkan kredibiliti individu di sebalik rakaman video berkenaan.

“Siapa jurukamera? Bagaiamana dengan peralatan, pelakon sebenar, editornya?” soalnya selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen.

“Dalam Islam, menuduh seseorang tidak bermoral akan ditolak jika ada kekeliruan, justeru perlu empat saksi yang adil dan berhemah,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Malaysia meluahkan rasa ‘kemarahan dan membidas’ dakwaan terbaru yang dilemparkan ke atas Anwar. Katanya, politik di Malaysia kini memasuki tahap ‘pembunuhan watak’.

Senada dengan Hadi, Lim juga mempersoalkan mengapa tayangan itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan dan turut mempertikaikan cara tayangan itu dilakukan.

“Isu ini bermotifkan politik bagi menentang Pakatan dan juga kerana menjelang pilihan raya Sarawak. Ia menunjukkan BN gusar kerana keputusan pilihan raya negari akan mempunyai impak ke atas pilihan raya umum,” katanya.

Lim berkata adalah jelas individu atau kumpulan tertentu berkenaan cuba memesongkan pendapat umum di Sarawak ke atas Pakatan.

Penipuan Dalam Pilihanraya...Penduduk Timur Tengah Pilih Jalanraya....!!


YEMAN

seorang jeneral dan 12 komader tentera masuk ke sebelah pro demokrasi
askar dan polis berbondong bondong turut sana ke jalan raya berdemo

tuntuan: kerajaan ali abdullah di hapuskan – ini kerajaan yang telah lama berkuasa

adik presiden telah mngarah kereta kebal jaga istana presiden

jeneral ali moshen yang kini bersama rakyat telah mengarahkan kereta kebal
yang pro jalan raya untuk mengawal tempat tempat lain.

awal dari ini presiden ali abdulah telah melucutkan semua jawatan kabinet
dia memerintah anak beranak

duta dita yemen letak jawatan sokong jalan raya :
duta di jepun
duta di syria
duta di czech republik
duta di jordan
duta di china
duta di kuwait
duta di saudi arabia

jelas kelihatan pilihan jaya raya telah mula menampak kan cerah masa depan rakyat
rakyat yemen berjkata selama 52 tahun mereka ditipu dengan pilihanraya
kali ini mereka telah memilih jalan raya
jelas hasilnya

RUSUHAN MEREBAK KE SELANTAN SYRIA – ajensi berita

DAMSYIK: Rusuhan merebak ke selatan Syria dengan ratusan penunjuk perasaan berdemonstrasi terhadap kerajaan di tiga bandar berhampiran bandaraya tetapi pasukan keselamatan tidak menggunakan kekerasan untuk menangani protes terbaru itu.

Pasukan keselamatan membunuh empat orang awam dalam demonstrasi yang meletus minggu lalu di Deraa, iaitu cabaran paling hebat terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad sejak pemimpin berusia 45 tahun itu menggantikan bapanya 11 tahun lalu.

Aktivis berata, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terbunuh semalam apabila terhidu gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan.

LIBYA

pertempuran berterusan
kumpulkan anti gadafui sedang diserang

apa yang jelas lebih lama krisis ini
lebih menakutkan kaum kapitalis
ini kerana ianya akan menggangu harga minyak

untuk rakyat dunia jika kaum kapitalis
risau dan susah hati
ertinya ini suasana baik

dalam istilah china – kacai bilau diertikan sebagai peluang
kacau bilau di libya ini akan memberi peluang
kepada kumpulan penentang rejim gadafi yang telah naik
tahtha semenjak tahun 1969

amerika dan sekutunya juga kini masuk campur’
kerana melihat peluang untuk bertapak

BAHRIAN

tentera saudi masuk membantu
ini bukan kes shiah lawan sunni

ini kes rakyat melawan raja
ini kesa rakyat bangun melawan
ini kes anak muda bangun menentang

ini perjuangan rakyat untuk menghumbankan raja raja

SAUDI ARABIA

riak riak penentangan terhadap raja saudi telah bermula
tunjuk perasaan kecil telah mula
rakyat saudi telah mula resah dan gelisah
mereka telah jelak dan naik muntah
dengan keluarga saudi yang melantuk diri mereka
sendiri untuk merembat harta kekayaan minyak

NOTA:

semua ini akan memperngaruhi
bukan sahaja dunia islam tetapi
umat manusia seluruh dunia

lihat hari ini presiden bolivia
telah meminta agar hadiah nobel yang di berikan
kepada obama ditraik balik
ini kerana campur tangan obama dalam kes libya

5 tahun dahulu – tidak mungkin ini berlaku
takm ada siapa yang berani bersuara sedemikian
hanya castro dan chavez saja yang bersuara
yang lain menikus

inilah contoh dunia sedang berubah

kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama piliharaya diharamkan di malaysia

Tekan Lagi...Tekan Sampai Rapat...!!


MUHYIDDIN TERTEKAN RAKYAT SARAWAK TERIMA PAKATAN – HD

Tohmahan Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan.

Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.

“Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini.

“Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak,” ujarnya

Bila Dapat Pemimpin Gila...Habis Rakyat Akan Jadi Gila...!!


EKSKLUSIF : 1:5 RAKYAT MALAYSIA BERISIKO JADI GILA – BH

Masyarakat kurang kesedaran rawatan awal penyakit mental.

Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.

Nota:

riak riak ramai orang gila
semakin jelas bila baca media hari ini
ada macam macam punya gila

apa akan jadi pada tahun 2020
berapa ramai warga jadi gila?

wawasan 2020 akan jadi wawasan gila
kah kah kah

Macam-Macam Cara Nak Menangkan BN....!!


JUALAN MEGA POLITIK SEDANG BERLANGSUNG - HD

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung.

"Grand mega sale" merujuk kepada usaha BN membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendakwa BN sedang giat menjalankan usaha membeli ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk survival politik mereka.

"Kami memberi ingatan awal kepada rakyat Malaysia kerana kita sedang berhadapan dengan grand mega sale politik 2011 yang sudah pun bermula.

"Kita akan lihat bermula pilihan raya sarawak akan ramailah orang PAS, PKR dan DAP yang akan keluar parti dan dipertontonkan kepada masyarakat.

Nota :

Kira punya kira...
Ahli PAS hanya tinggal Nik Aziz dan Mat Sabu....
Kira punya kira...
Ahli PKR Tinggal Tian Chua dan Nurul Izzah saja...
Yang lain semuanya telah di beli...
Kah..Kah..Kah...!!

Ada Udang Di Sebalik Mee....!!


SOAL KEPERLUAN ATM TAK BOLEH DIBINCANG :ZAHID – BH

Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

Beliau berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dan kekebalan untuk bertanya apa sahaja di Dewan Rakyat, namun soal keupayaan ATM tidak boleh dikompromi dan dibincangkan secara terbuka.

Menggulung perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Ahmad Zahid turut menegaskan semua anggota Parlimen tanpa mengira parti harus berpendirian bahawa soal rahsia ketenteraan tidak boleh dipolitikkan bagi keselamatan negara.

Membidas beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang sering membangkitkan isu-isu kesiapsiagaan ketenteraan di Dewan Rakyat, khususnya Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Ahmad Zahid berkata, soal kerahsiaan negara seharusnya dipertahankan oleh semua, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Nota:

parlimen adalah badan tertinggi
parlimen membuat undang undang
kalau di parlimen tak boleh bincang
maka nampak sangat nak beli alatan tentera
dengan senyap senyap
kah kah kah

Mar 21, 2011

Malaysia Boleh....!!

Hanya Yang Bodoh Saja Akan Sokong UMNO/BN...!!


UMNO Akui Ramai Pensyarah Anti Kerajaan BN - HD

KOTA BHARU, 21 Mac: Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengakui ramai pensyarah di universiti utama di negara ini tidak menyenangi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Parti keramat Umno tidak pernah membuang biar pun ramai pensyarah yang bersikap anti-kerajaan di beberapa universiti awam di negara ini.

“Ramai pensyarah yang lawan kerajaan ada di UKM, UIAM dan UM, kita tetap kekalkan juga pensyarah macam itu,” kata Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada Wacana Perdana siri ketujuh anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam kelmarin.

Tiga lagi ahli panel iaitu Naib Presiden Perkasa, Dr Asraf Wajdi Dusuki, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator. Wacana itu hangat sepanjang dilangsungkan apabila kedua-dua panelis mewakili Umno menjadi mangsa kepada penonton.

Orang ramai seperti tidak puas hati apabila Abdul Azeez acap kali mengungkapkan Umno sebagai sebuah parti keramat.

Sebelum itu Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu mencabar dua pensyarah yang berada pada wacana tersebut dengan mengatakan sepatutnya berterima kasih kepada Umno sehingga membolehkan mereka melanjut pelajaran ke luar negara.

Tidak puas hati dengan hujah itu Dr Abu Hassan meminta laluan daripada moderator dengan menjelaskan beliau dan Dr Agus melanjut pelajaran bukan hasil bantuan Umno.

“Tidak ada satu sen pun duit Umno digunakan kerana segala pembiayaan melanjut pelajaran ditanggungjawab kerajaan dan bukan Umno.Ia adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya. Jawapan itu menyebabkan suasana dewan menjadi gamat.

Sekali lagi Azeez terduduk apabila setiap hujahnya dipatah dengan mudah. Beliau pada awalnya menolak menyertai wacana tersebut, sehingga tempatnya digantikan Dr Asraf Wajdi.

Bagaimanpun di saat akhir beliau menyatakan persetujuan untuk hadir. Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah pula menarik diri dan tempatnya diganti Azeez, yang menyatakan persetujuan kali kedua di saat-saat akhir.

Bagi menegakkan hujah Azeez berkata, pada suatu masa nanti pensyarah yang anti-kerajaan BN akan tahu kedudukan sebenar.

Azeez yang agak selamba pada awalnya ketika berhujah akhirnya seperti merajut apabila beberapa kali menegur penonton yang mengboo setiap hujahnya.

”Baik kita baliklah, dari mula saya cakap tadi sudah diboo, ini bukan budaya dalam Umno, baik kita balik..” katanya.

Dr Asraf, sarjana pengajian Islam berhujah politik dan agama berbeza kerana politik yang menggunakan agama hanya mahu menang dalam pilihan raya semata-mata.

”Sedangkan Islam lebih tinggi daripada politik. Politik hanya untuk menang dalam pilihan raya sahaja,” katanya.

Beliau juga menyebut PAS tidak akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya mampu menguasai kerajaan pusat memandangkan hanya bertanding 67 kerusi sahaja.

Sebaliknya ketika menjawab persoalan tersebut Khalid berkata, kesemua kerusi parlimen yang ditandingi Umno akan diisi calon Melayu daripada PAS dan PKR.

”Jadi kita tidak perlu risau kalau kerusi Melayu tidak dimenangi Umno, calon Melayu dari PAS dan PKR boleh ganti.

”Ini bermakna kuasa Melayu tetap tidak hilang seandainya Umno tewas kesemua kerusi yang ditandingi,” ujarnya

Lepas Tewas Dalam Tuduhan Liwat..Kini Muncul Video Seks Pula...!!


Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini. Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.

Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh dan masa kononnya klip video tersebut dirakamkan. Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.

Klip video seks menunjukkan insiden tersebut berlangsung antara jam 10.23 hingga 10.45 malam. Facebook Anwar Ibrahim pula menunjukkan bahawa beliau mengemaskini pada jam 8.20 dan 10.40 dan 11.08 malam; sementara Twitter-nya dikemaskini pada jam 9.20 dan 11.39 malam. Sungguhpun wartawan mempertikaikan waktu tersebut, namun Anwar tetap menganggap pihaknya telah menguasai bukti dari segi waktu.

Malah, beliau berjenaka bahawa melainkan watak dalam video tersebut dilihat berasmara sambil bermain twitter.

Anwar berkata beliau belum menonton video tersebut, dan tidak tahu siapa pembikin klip video tersebut. Beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi, esok.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR. Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.

Anwar berkata keluarga dan dirinya telah melalui fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak 13 tahun dahulu. Dan fitnah ini diulangi setiap kali menjelang pilihan raya.

Azizah: Mengapa gadis pula?

Wan Azizah turut terkejut apabila digesa untuk berundur. Beliau mempertikaikan, kononnya Anwar didakwa dengan kes sodomi bersama lelaki, namun mengapa pula terdedah dengan klip video bersama wanita?

SURAT DARI TOKYO...!!

Aku di LT Antarabangsa Tokyo - kelihatan sekumpulan pelajar M'sia dan Indonesia akan berlepas pulang ke M'sia dgn pesawat Air Asia. Penerbangan dijadualkan pd jam 11.30 mlm.

Berdasarkan perbualan dgn beberapa org pelajar, banyak universiti di Jepun antaranya Waseda University dan Kyushu University ditutup sehingga sebulan berikutan perkembangan impak radiasi yg semakin menular di seluruh Jepun.

Majoriti pelajar dan keluarga masing-masing merungut ttg sikap sambil lewa dan tidak acuh pihak kedutaan M'sia di Jepun terhadap keselamatan rakyat M'sia di sini.

Ke semua rakyat M'sia yg pulang menyatakan bhw mereka membiayai sendiri tambang perjalanan; kedutaan M'sia beri alasan, kerajaan tiada peruntukan utk bawa pulang rakyat M'sia di Jepun kerana telah berbelanja besar ketika membawa pulang rakyat M'sia dari Mesir bulan lalu.

(Cuba semak laporan Parlimen, difahamkan Anifah Aman umum RM50juta diguna utk bawa pulang rakyat M'sia dari Mesir)

Beberapa sumber air mentah di Tokyo dilaporkan telah tercemar dgn sisa radioaktif kesan letupan reaktor nuklear di Fukushima baru-baru ini.

Lajmin
Tokyo, Jepun