Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 16, 2011

Program Kembara Tarbawi 4 X 4 Siri Ke-2 Bersama Presiden Pas Meriah...!!






Hulu Dungun: 13 Mei 2011. Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun. Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini Berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.

Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.

Pitt Stop ke-2 ini, Makan Tengah-hari di Perkarangan Masjid Kg.Nyor, Paka. Tuan Guru Presiden telah menyampaikan khutbah jumaat kepada penduduk setempat.

Pitt Stop ke-3, Majlis ramah mesra Presiden dengan masyarakat setempat. Nampaknya Pihak Umno telah memenuhi perkarangan Stesyen Bas Ketengah Jaya dengan bendera Umno dan mereka dengan segera membuat program dengan tujuan supaya perkarangan tersebut tidak boleh digunakan Pas.

Ucapan Kepada Semua Guru...!!

PERUTUSAN PRESIDEN KEADILAN SEMPENA HARI GURU
15 MEI 2011

Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan.

KEADILAN menghargai setiap detik dan pengorbanan guru yang selama ini bersungguh-sungguh memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kemahiran guru akan terus dipertingkatkan dengan menyediakan ruang latihan yang luas untuk mereka mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta tahap profesionalisme mereka agar selaras dengan keperluan semasa. KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung.

Semoga ilmu dan jasa guru-guru diberkati Allah kerana ilmu yang telah mereka curahkan itu akan berterusan selagi mana ianya diamalkan. Selamat Hari Guru, cikgu.

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PRESIDEN KEADILAN

Perang Jihad Dah Bermula....!!


GERAKAN DESAK AMARAN PERANG JIHAD PRESIDEN PERKASA DISIASAT - MI

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat satu Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Najib dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.
-----------------------------------------------------
woit… TAK ADA SESIAPA AKAN DENGAR …

woit…TAK ADA SESIAPA AKAN SIASAT….

woit… TUNNGU APA LAGI… KELUARLAH DARI BARISAN NATIONAL….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KESIAN...TAK ADA SESIAPA AMBIL POT….

Jihad Ibrahim Ali....!!


IBRAHIM : KALAU NAK PERANG SALIB BOLEH – MK

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.
---------------------------------------------------
woit… INI DIA PANGLIMA JIHAD….

kah kah kah…INI DIA PAHLAWAN JIHAD….

woit… NAPA TAK PANGGIL ZUL NORDIN TURUT SAMA BERJIHAD…

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH....NAK BERJIHAD INI DAH BAGI TAU BINI KE..??

Terkini Dari Jalan Duta..!!


HAKIM : SAIFOOOL SAKSI BENAR BERWIBAWA

Mohd Saifoool Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saifool.

Nota :

TARIKH BARU UNTUK BICARA ANWAR

perbicaraan jubur saifool yang koyak
akan bermula pada 6-30 june yang akan
datang

ini bermakna tidak ada lagi pilihanraya
pada ketika itu

Dari Mahkamah Jalan Duta...!!


Nota :

10.50 PAGI

tuan hakim yang poyo kata:

ada kes - anwar kena bela diri
mat mongol dan isteri dah lari
jubur saifool terbukti dah koyak
kah kah kah

May 15, 2011

Senyum Petang Ahad...!!

Manusia Merancang...Allah Pun Merancang....!!


Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar-MK

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.

Lam Talilam Taplum....!!


PENJARA ,DENDA NAIKKAN HARGA MAKANAN - UM

KUALA LUMPUR 13 Mei - Peniaga yang didapati menaikkan harga minuman dan makanan berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini akan berhadapan hukuman keras termasuk penjara seperti diperuntukkan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob ketika memberi amaran itu menegaskan, akta yang baru dikuatkuasakan itu membolehkan kementerian bertindak segera terhadap peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab.

''Dalam soal kenaikan harga gula, kajian kementerian mendapati untuk secawan teh atau kopi, kenaikan (20 sen sekilo) hanya 0.4 peratus sahaja.

''Kalau ada kenaikan sampai 10 sen (secawan), kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010. Setakat ini belum ada peniaga dikenakan tindakan di bawah akta ini sejak ia dikuatkuasakan 1 April lalu.

Nota:

gerombolan yang naikkan harga barang
macam mana nak hukum mereka?

mereka harus di denda
bukan di rotan
bukan di penjara

tapi kita humban kan mereka
kah kah kah

Nasib First Lady....!!


FLOM TETIBA SAKIT BILA KENA TANGKAP – ajensi

SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke hospital komuniti pusat peranginan Laut Merah, selepas mengadu sakit dada.

Beliau dilaporkan sakit dada selepas mendapat berita arahan penahanannya atas dakwaan rasuah sudah dikeluarkan.

Pengarah hospital itu, berkata Suzanne mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pegawai keselamatan berkata, Isteri Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital buat sementara waktu, tetapi dijangka dibawa ke penjara wanita di Kaherah. - AP
---------------------------------------------------------
woit… INI LAH NASIB FLOM….

kah kah kah…MASA JADI FIRST LADY… TAK SEDAR DIRI…

kah kah kah…TIAP MALAM ADA DALAM TV….

kah kah kah… TIAP HARI DALAM AKHBAR….

kah kah kah…TALIPON KETUA PENGARANG ..STESEN TV PASTIKAN BERITA ADA HARI HARI…

kah kah kah…LAWAT SANA... LAWAT SINI….

kah kah kah… SHOPPING SANA SHOPPING SINI….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KADANG-KADANG LAGAK MACAM PERDANA MENTERI….