Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 17, 2011

Himpunan Pemuda PAS Kelantan

Tak Ada Maknanya Undi BN....!!


KOS SUBSIDI NAIK, TPM BAYANG KENAIKAN HARGA BARANG - MI

Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.

Justeru katanya , negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.
Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.
-------------------------------------------------------
woit… INI BETUL BETUL SUMPAH LAKNAT….

kah kah kah… KATA ADA BERITA BAIK HARI ISNIN….

kah kah kah… RUPA RUPANYA NAK NAIK KAN HARGA BARANG…

kah kah kah AIMAN TAK KISAH...APA PUNYA KERAJAAAAN….CIIIT PANDDY KUTTY!!! ...

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional....!!


HARGA MINYAK NAIK LAGI

PUTRAJAYA: Unit Komunikasi Korporat,Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan pada Isnin telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung rasionalisasi pemansuhan Kategori Kenderaan Pemberian Diesel Subsidi Super berkuatkuasa mulai 1 Jun depan.

Rasionalisasi Subsidi

Majlis Ekonomi pada 9 Mei lalu telah memutuskan pemansuhan pemberian diesel subsidi super berkuat kuasa mulai 1 Jun kepada beberapa kategori kenderaan seperti berikut:

i. Penggerak Utama
ii. Kargo Am
iii. Luton Kotak
iv. Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van)
v. Lori-Rigid Minuman Botol
vi. Lori Tangki Rigid- Tepung
vii. Lori Rigid- Refrigerated
viii. Lori Tangki Air
ix. Teksi Limosin

---------------------------------------------------------
Woit….PADAN MUKA… UNDI LAGI GEROMBOLAN

kah kah kah… PADAN MUKA…. TAK SEDAR SEDAR….

kah kah kah… PADAN MUKA… SUDAH DI BERI TAHU TAK NAK DENGAR….

kah kah kah…DUIT HABIS BELI SENJATA….

kah kah kah…DUIT HABIS BAYAR SUBSIDI PEMBEKAL JANA KUASA….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...DUIT HABIS… MEMBAZIR BUAT PROJEK RUNTUH….

Nota:

lihat bagaimana gerombolan nak tipu mak cik felda dan orang kampong
gerombolan gunakan perkataan rasionalisasi..
Supaya susah untuk orang kampung faham...
kah kah kah

bila harga diesel pengangkutan ini naik
maka harga barang akan naik

bersedia untuk turun ke jalan raya
tak perlu tunngu pilihanraya
kah kah kah

JUMAAT INI DEMO ANTI LYNASS



sila berkumpul pada jam 2.00 petang di sekitar klcc

kemudian berarak ke arah kedutaan australia
tujuan untuk menghantar memo bantahan
kerana syarikat australia
telah membuka kilang maut
di gebeng kuantan pahang

datang beramai-ramai

Anak Muda Bangun Melawan...!!



HANCURKAN LYNASS YANG LYAKNAT
jangan lupa jumaat 20 haribulan ini
datang beramai ramai
berkumpul di sekitar klcc jam 2.00

berarak ke kedutaan australia
yang terletak di hadapan klcc

bangun dan lawan sebelum mati hangus!

NOTA:

anak muda..pelajar...mahasiswa
akhirnya dunia ini milik kamu
kalau kamu tidak bangun melawan
maka dunia harapan kamu ini akan menjadi sarang radioaktif!

May 16, 2011

Program Kembara Tarbawi 4 X 4 Siri Ke-2 Bersama Presiden Pas Meriah...!!






Hulu Dungun: 13 Mei 2011. Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun. Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini Berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.

Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.

Pitt Stop ke-2 ini, Makan Tengah-hari di Perkarangan Masjid Kg.Nyor, Paka. Tuan Guru Presiden telah menyampaikan khutbah jumaat kepada penduduk setempat.

Pitt Stop ke-3, Majlis ramah mesra Presiden dengan masyarakat setempat. Nampaknya Pihak Umno telah memenuhi perkarangan Stesyen Bas Ketengah Jaya dengan bendera Umno dan mereka dengan segera membuat program dengan tujuan supaya perkarangan tersebut tidak boleh digunakan Pas.

Ucapan Kepada Semua Guru...!!

PERUTUSAN PRESIDEN KEADILAN SEMPENA HARI GURU
15 MEI 2011

Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan.

KEADILAN menghargai setiap detik dan pengorbanan guru yang selama ini bersungguh-sungguh memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kemahiran guru akan terus dipertingkatkan dengan menyediakan ruang latihan yang luas untuk mereka mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta tahap profesionalisme mereka agar selaras dengan keperluan semasa. KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung.

Semoga ilmu dan jasa guru-guru diberkati Allah kerana ilmu yang telah mereka curahkan itu akan berterusan selagi mana ianya diamalkan. Selamat Hari Guru, cikgu.

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PRESIDEN KEADILAN

Perang Jihad Dah Bermula....!!


GERAKAN DESAK AMARAN PERANG JIHAD PRESIDEN PERKASA DISIASAT - MI

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat satu Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Najib dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.
-----------------------------------------------------
woit… TAK ADA SESIAPA AKAN DENGAR …

woit…TAK ADA SESIAPA AKAN SIASAT….

woit… TUNNGU APA LAGI… KELUARLAH DARI BARISAN NATIONAL….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KESIAN...TAK ADA SESIAPA AMBIL POT….

Jihad Ibrahim Ali....!!


IBRAHIM : KALAU NAK PERANG SALIB BOLEH – MK

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.
---------------------------------------------------
woit… INI DIA PANGLIMA JIHAD….

kah kah kah…INI DIA PAHLAWAN JIHAD….

woit… NAPA TAK PANGGIL ZUL NORDIN TURUT SAMA BERJIHAD…

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH....NAK BERJIHAD INI DAH BAGI TAU BINI KE..??

Terkini Dari Jalan Duta..!!


HAKIM : SAIFOOOL SAKSI BENAR BERWIBAWA

Mohd Saifoool Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saifool.

Nota :

TARIKH BARU UNTUK BICARA ANWAR

perbicaraan jubur saifool yang koyak
akan bermula pada 6-30 june yang akan
datang

ini bermakna tidak ada lagi pilihanraya
pada ketika itu